Kenapa kafirkan orang yang tidak sokong PAS infomalay12.blogspot.com

PANGGILAH saya apa saja walaupun penyangak, penyamun, diktator tetapi wajarkah PAS mengkafirkan saya dan semua orang Islam lain hanya kerana tidak menyokong parti itu, kata Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata tindakan PAS mengkafirkan orang Islam hanya kerana politik telah memecahbelahkan perpaduan orang Melayu.
"Saya tidak harap musuh politik saya memanggil saya dengan nama baik. Jika mereka membuat demikian tentulah sukar bagi mereka menentang saya.
"Tetapi yang saya sedih dan marah ialah apabila PAS mengkafirkan saya dan semua orang Melayu yang tidak sokong PAS. Perbuatan ini dilarang oleh agama Islam.
"Dan mereka yang dikafirkan marah dan kecewa didakwa mereka tidak Islam," kata Dr Mahathir dalam tulisan terbaru di blognya, chedet.cc.
Pengerusi Pakatan Harapan itu menjawab kritikan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyelar beliau minggu lalu kerana menganggap parti Islam itu sebagai "pengacau" dalam pilihan raya umum akan datang.
Tuan Ibrahim berkata Dr Mahathir punca kenapa Barisan Nasional masih berkuasa dan masalah Umno hari ini adalah kesan daripada kepimpinan bekas presiden Umno itu.
Dr Mahathir merupakan perdana menteri dan presiden Umno selama 22 tahun antara 1981 hingga 2003.

Subscribe to receive free email updates: