Rafizi: Iklan notis bankrap isu NFC mahu burukkan imej saya infomalay12.blogspot.com

Rafizi berkata, tindakan membuat permohonan terus di mahkamah tanpa berusaha sepenuhnya untuk menghantar notis secara tangan, seperti dikehendaki undang-undang, adalah 1 helah murahan di pihak Salleh untuk memfitnah dan menyerang peribadinya.
rafizi-notis-bankrapNaib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa notis bankrap yang disiarkan menerusi akhbar tempatan awal minggu lalu berhubung kes dibawa Pengerusi Eksekutid NFC Corporation Sdn Bhd, Datuk Seri Salleh Ismail, tidak dilakukan menggunakan amalan biasa, sebaliknya bertujuan memburuk-burukkan reputasi beliau.
Rafizi berkata, tindakan membuat permohonan terus di mahkamah tanpa berusaha sepenuhnya untuk menghantar notis secara tangan agar dapat diterima oleh beliau sendiri, seperti dikehendaki undang-undang, adalah 1 helah murahan di pihak Salleh untuk memfitnah dan menyerang peribadinya.
“Saya tidaklah terkejut, malah bersimpati dengan beliau kerana pada umur sedemikian beliau nampak terlalu terikut-ikut dengan perasaan marah dan dendam atas apa yang berlaku ke atas NFC yang mengheret keluarga beliau.”
Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan berkata demikian menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini.
Dengan mendapatkan notis dari mahkamah, katanya, ia bertujuan untuk memberi gambaran beliau berlaku tidak jujur kerana menerima sumbangan orang ramai untuk membayar jumlah yang dituntut Salleh tetapi menyimpan jumlah itu dan tidak membuat bayaran kepadanya.
Rafizi dilaporkan menerima sumbangan orang ramai sekitar RM1.5 juta.
Selain itu, katanya, ia digunakan sebagai modal politik murahan oleh ‘cybertrooper’ Umno untuk menyerang beliau sebagai seorang yang bankrap.
“Rakyat secara umumnya tidak begitu arif tentang selok-belok kaedah undang-undang dalam mengendalikan tuntutan bayaran selepas 1 penghakiman kes saman dikeluarkan.
“Oleh itu, mudah untuk menggunakan kaedah undang-undang untuk memberi gambaran saya enggan membayar walaupun sudah menerima sumbangan lebih RM1.5 juta dari rakyat Malaysia,” kata Rafizi.
Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Rafizi memfitnah NFC dan Salleh.
Ia susulan kenyataan Rafizi yang syarikat itu menggunakan dana kerajaan sebagai pengaruh untuk mendapatkan pinjaman bagi 8 hartanahnya.
Sehubungan itu, Pesuruhjaya Kehakiman, Azizul Azmi Adnan mengarahkan Rafizi membayar RM150,000 kepada Salleh dan RM50,000 kepada NFC. Mereka juga diberikan kos RM100,000.
Kaedah-kaedah di sisi undang-undang untuk menghantar notis menuntut bayaran selepas 1 penghakiman dibuat dalam kes saman seperti ini tertakluk kepada kaedah-kaedah yang terkandung di dalam Peraturan Mahkamah 2012 yang diwartakan, kata Rafizi.
Menurut Rafizi, Perintah 10 Peranggan 1 menyebut tertakluk kepada akta-akta dan peraturan-peraturan dalam peraturan mahkamah, sesuatu notis perlu disampaikan secara peribadi kepada pihak yang menerima atau dihantar melalui pos berdaftar.
“Dalam kes notis menuntut bayaran seperti kes ini, ia bermakna peguam yang dilantik Salleh perlulah membuat temu janji dengan saya untuk datang berjumpa dan menyampaikan sendiri notis tuntutan itu yang perlu ditandatangani oleh saya dalam 1 salinan sebagai persetujuan saya telah menerima notis tersebut.
“Perintah 62 Perenggan 5 menyebut pula bahawa jika sesuatu notis perlu disampaikan secara peribadi tetapi mahkamah merasakan adalah tidak praktikal untuk menyampaikannya secara peribadi, 1 permohonan boleh dibuat kepada mahkamah oleh pemohon untuk mendapatkan arahan mahkamah agar kaedah-kaedah lain digunakan untuk menyampaikan notis itu kepada pembayar.
“Mahkamah kemudiannya berhak mengarahkan agar 1 notis diiklankan mengikut apa-apa kaedah yang difikirkan sesuai, selalunya diiklankan di dalam sebuah akhbar edaran nasional.”
Oleh itu katanya, kaedah mendapatkan 1 perintah mahkamah agar notis diiklankan bukanlah cara biasa yang digunakan untuk menuntut bayaran seperti dalam kes ini kerana tugas untuk menyampaikan notis secara tangan untuk diterima secara peribadi bukan 1 perkara yang susah.
“Saya dimaklumkan oleh beberapa orang rakan peguam bahawa pemohon perlu menunjukkan beliau tidak dapat menjejaki saya sama ada kerana alamat yang diberikan tidak lagi wujud atau tiada yang tahu di mana saya berada,” katanya.
Tambahan pula, kata Rafizi, kaedah mengiklankan di dalam akhbar akan melibatkan kos yang tinggi.
“Sebab itu saya tidak terkejut apabila Salleh dan NFC mengambil jalan yang pelik dan menelan belanja sedangkan cara biasa hanyalah menghubungi saya atau datang ke pejabat saya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :