Najib silap kalau rasa boleh adakan PRU14 esok infomalay12.blogspot.com

PERDANA Menteri Najib Razak silap sekiranya beliau fikir boleh mengadakan pilihan raya umum esok, kerana yakin dengan lawatan yang dibuat ke Amerika Syarikat, kata Dr Mahathir Mohamad.
“Dia silap kalau (dia fikir) ada perasaan yang baik,” kata bekas perdana menteri itu hari ini sebagai mengulas lawatan Najib ke Amerika Syarikat pada 12 September lalu.
Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia tidak gembira dengan negara yang memiliki hutang, memberikan pula duit kepada Amerika Syarikat untuk membina infrastruktur.
“Rakyat sangat sakit hati mengenainya. Dan dia dilayan dengan sangat buruk (di AS). Tiada penerimaan rasmi, langsung tiada. Tiada makan tengah hari atau apa-apa sepertinya.
“Ia seolah-olah kedua-duanya Najib dan Trump cuba menyembunyikan perkara itu (lawatan),” kata Dr Mahathir.
Najib dijemput di White House oleh Presiden Amerika Donald Trump dalam satu pertemuan yang menjadi tajuk utama tidak menarik di akhbar dan juga media dalam talian tempatan.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :