Forex: Selain Daim, Najib juga perlu dipanggil, kata Dr M infomalay12.blogspot.com

Bekas perdana menteri berkata Najib Razak anggota Kabinet ketika Bank Negara alami kerugian akibat tukaran mata wang asing.
mahathir-daim-4
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tinggal 3 hari lagi sebelum siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas kerugian Bank Negara Malaysia akibat dagangan mata wang asing 1990-an, tinggal seorang lagi individu yang perlu dipanggil untuk beri keterangan.
“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” kata bekas perdana menteri dan pemimpin pembangkang itu.
“Sebab dia juga anggota Kabnet pada masa itu.”
Najib tidak tersenarai dalam senarai saksi RCI, walaupun bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin berada dalam senarai itu, kata Dr Mahathir. Beliau tidak mengulas lanjut mengenai perkara ini.
Dr Mahathir bercakap kepada pemberita di Yayasan Al-Bukhary hari ini.
Terdahulu, beliau meluangkan masa selama 2 jam dengan pegawai polis yang dilantik RCI, untuk memberi keterangan sebelum penampilannya di RCI Isnin ini.
Soal siasat bermula 4.20 petang dan berakhir sekitar 6.30 petang. Dr Mahathir berkata ia mengambil masa yang lama kerana beliau perlu menyemak beberapa dokumen sebelum menjawab soalan yang diajukan polis.
“Mereka melayan saya dengan baik,” katanya.
Peguamnya, Mohamad Haniff Khatri Abdulla, memberitahu pemberita awal minggu ini yang beliau menerima sapina bagi pihak anak guamnya pada Selasa, dan berkata Dr Mahathir dijangka tampil ke suruhanjaya pada 11.00 pagi Isnin.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :