Imej via Harian Metro |
Rektor Kolej Universiti Islam Perlis, Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam, berkata pengabaian pendidikan berasaskan hati antara punca masalah disiplin pelajar semakin sukar dibendung.
Katanya, sekolah bersaing untuk mendapat markah tertinggi berdasarkan pencapaian gred terbaik yang diperolehi pelajar tetapi tiada markah untuk pelajar yang memiliki sahsiah terbaik.
Tanpa pendidikan sahsiah, beliau berkata, pelajar tidak tahu menilai baik dan buruk sesuatu perkara, kesopanan dan kesusilaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Rukun Negara.
"Mereka yang menonjolkan tingkah laku negatif dianggap hebat, tidak menghormati ibu bapa, pakaian dan kata-kata kurang sopan ialah contoh nilai sahsiah yang semakin hilang.
"Sistem pendidikan terlalu menekankan peperiksaan tanpa mengambil berat faktor psikologi pelajar yang akhirnya melahirkan insan cemerlang akademik tanpa nilai sahsiah diri yang baik," katanya kepada BH Online di sini, hari ini.
Beliau mengulas pemerhatian Kementerian Pendidikan yang mengenal pasti empat elemen yang menjadi penyebab berlakunya peningkatan masalah disiplin terutama kejadian buli dalam kalangan pelajar sekolah.
Faktor pemakanan, persekitaran, teknologi dan masyarakat menyebabkan pelajar pada masa kini menjadikan nakal.
Sumber: Berita Harian