1, Azmin Ali mengakui ada rundingan tidak rasmi antara beliau dengan parti agama (Pas). Beliau tidak menjelaskan bila rundingan itu berlangsung dan melibatkan sesiapa. Katanya dia akan memberi tahu apa-apa perkembangan mengenai rundingan berkenaan kepada rakan dalam Pakatan Harapan (PH).
2. Usaha itu katanya untuk mengelakkan berlaku pertandingan tiga penjuru. Azmin menginsafi kalau berlaku pertandingan tiga penjuru (di Selangor) ia boleh mengugatkan stabiliti kerajaan dipimpiannya kini.
3. Usaha Azmin itu baik dan semua orang bersetuju Pas dibawa ke dalam Pakatan Harapan kalau mahu melihat Selangor kekal di bawah Pakatan Harapan. Juga kalau mahu memastikan kesemua 15 kerusi dimenangi Pas dalam Piraum 13 lalu di Selangor dapat dikekalkan. Jika berlaku pertandingan tiga penjuru dan Pas bersendirian 13 kerusi dimenangi itu hangus.
4. Kata Azmin, rundingan — usaha untuk bawa Pas itu akan dikongsi bersama dengan parti komponen Pakatan Harapan. Yang melaksanakan rundingan itu kini hanya dia bersendirian. Dia juga akan memaklumkan apa-apa perkembangan dan progresnya.
5. Sedikit konfius macam mana Azmin boleh melakukan rundingan tanpa penyertaan bersama parti komponen lain khasnya DAP dan Amanah di Selangor. Apakah formula yang bakal dikemukakan Azmin kepada Pas? Apakah tanpa bersama dua parti itu Pas sedia untuk akur dengan apa-apa isi dirundingkan. Rundingan atau usaha Azmin itu dilihat bukan mudah untuk mencapai kejayaan. Ia sangat kompliketed.
6. Apa perlu dielakkan, jangan usaha Azmin itu menimbulkan keraguan di kalangan komponen Pakatan Harapan yang lain. Kerja Azmin itu secara bersendirian dan bersembunyi itu juga boleh menjejaskan kesepaduan Pakatan Harapan untuk bergerak menghadapi pilihan raya. Orang ramai juga keliru dengan apa dilakukan Azmin tanpa persetujuan bersama itu.
Read More / Baca Lagi >>