Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyifatkan perbahasan dalam menguruskan perbezaan agama harus bersifat menyeluruh serta praktikal dalam merungkai krisis antara agama di negara ini termasuk isu besar Rang Undang-Undang (RUU) 164 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan Dan Perceraian) 1976.
Beliau berkata, sebelum ini banyak kes membabitkan akta tersebut berlarutan dan pastinya kes sedemikian akan timbul dari semasa ke semasa.Setiausaha Agungnya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, isu pindaan Akta 164 dilihat menjadi tembok yang membuntukan usaha perpaduan dan pembentukan bangsa Malaysia.
"Agak mendukacitakan apabila ramai yang melihat isu RUU 164 ini sebagai ancaman antara satu sama lain dan pandangan tersebut telah menutup mata kita untuk melihat peluang besar yang terhidang di hadapan iaitu mengangkat agama sebagai medium menyelesaikan krisis dan salah faham," ujarnya.
"Bermula apabila salah seorang pasangan suami isteri yang asalnya bukan Islam memeluk Islam dan seterusnya membawa kepada pertikaian hak jagaan anak, nafkah, dan status agama anak," jelasnya dalam satu kenyataan.
Mengulas pihak yang membantah pindaan Akta 164 tanpa mengemukakan alternatif ke arah jalan penyelesaian, beliau berpendapat sikap tersebut bercanggah dengan pendirian bahawa Islam menyelesaikan pelbagai masalah.
"Ironinya, mereka sendiri yang sering melaungkan slogan 'Islam sebagai penyelesaian kepada semua masalah' tetapi dengan sengaja membiarkan isu ini berlanjutan malah menghalang usaha-usaha untuk mencari jalan penyelesaian," bidasnya.
Muhammad Faisal berkata, pindaan Akta 164 antara lain mencadangkan pindaan Seksyen 51 (1) untuk membuka pintu kepada pasangan yang memeluk Islam memfailkan petisyen perceraian di Mahkamah Sivil.
Read More / Baca Lagi >>