Sri Ram salahkan Dr Mahathir, Abu Talib hapus kuasa kehakiman infomalay12.blogspot.com

Gopal berkata keputusan mahkamah persekutuan dalam kes Semenyih Jaya yang menyatakan pindaan 1988 bertentangan dengan struktur dasar undang-undang tertinggi negara adalah keputusan yang berani.
Gopal-Sri-Ram-mahathir-Abu-Talib-OthmanKUALA LUMPUR: Datuk Seri Gopal Sri Ram mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman sebagai individu yang bertanggungjawab menghapuskan kuasa kehakiman dengan meminda Perlembagaan Persekutuan hampir 3 dekad lalu.
Beliau berkata situasi itu wujud selepas keputusan mahkamah agung dalam kes pendakwa raya lawan Yap Peng bahawa peguam negara tidak boleh menggunakan budi bicaranya untuk memindahkan kes jenayah bagi tujuan perbicaraan.
Pada tahun 1987, mahkamah tertinggi dalam keputusan majoriti 3-2 berpendapat langkah pendakwa raya untuk menggunakan Seksyen 418A Kanun Prosedur Jenayah bertentangan dengan Perkara 121(1) Perlembagaan Persekutuan.
Majoriti berpendapat kuasa untuk memindahkan kes adalah kuasa kehakiman.
Beliau yang mewakili Yap Peng dalam perbicaraan itu, mendakwa Talib memaklumkan kepada kerajaan yang beliau tidak dapat berfungsi dengan baik memandangkan “hakim memberi banyak masalah kepadanya dan penyelesaiannya adalah untuk memperkenalkan undang-undang.”
Beliau berkata, kerajaan kemudian menganjurkan siri jelajah raya kira-kira empat hingga lima bulan untuk memberitahu orang ramai yang badan kehakiman tidak harus mengganggu kuasa peguam negara.
“Hasilnya, Perkara 121(1) adalah yang pertama dalam beberapa siri pindaan Mahathir pada tahun 1988.
“Ia tidak ada kaitan dengan krisis kehakiman 1988 di mana 3 hakim mahkamah agung dikeluarkan. Ini berkaitan dengan ego 2 lelaki,” kata beliau pada forum mengenai kebebasan, kehakiman dan pemisahan kuasa yang bertajuk Harapan Baru Di Sebalik Kes Semenyih Jaya?
Gopal berkata keputusan mahkamah persekutuan dalam kes Semenyih Jaya yang menyatakan pindaan 1988 untuk mengawal kuasa badan kehakiman bertentangan dengan struktur dasar undang-undang tertinggi negara adalah keputusan yang berani.
Bagaimanapun, beliau berkata, penghakiman itu tidak cukup untuk mengatakan Perkara 121(1) sebagai tidak berperlembagaan.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :