Naib Pengerusi PKR itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, lebih lama Perdana Menteri Najib Razak berdiam diri akan lebih terus jejaskan reputasi Malaysia di luar negara.
“Keengganan kerajaan Najib Razak memberi maklum balas terhadap cadangan ini hanya akan menjejaskan reputasi Malaysia di luar negara.
Katanya, ia pertama kali dalam sejarah Malaysia kes 1MDB dibentangkan di sidang parlimen negara asing dan ia merupakan kes terbesar kleptokrasi yang pernah dibongkar oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ).
Menurut laman web rasmi Parlimen UK, cadangan itu adalah untuk siasatan ke atas penyelewengan berbilion dolar daripada firma dana awam itu.
Cadangan itu turut meminta siasatan mengenai sekatan berterusan kebebasan bersuara di Malaysia dan penyalahgunaan Akta Hasutan.
“Cadangan itu turut menyentuh mengenai kebebasan bersuara dan penyalahgunaan Akta Hasutan yang menyasarkan kritikan kerajaan, terutamanya ahli politik pembangkang termasuk Anwar Ibrahim di mana prosiding kehakiman adalah di bawah standard antarabangsa,” kata Nurul.
Yang terakhir, cadangan itu turut meminta Putrajaya membenarkan pemerhati antarabangsa termasuk dari negara Komanwel untuk memantau Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
“Ini akan membuktikan kerajaan komited kepada pilihan raya telus dan adil terutamanya ketika Malaysia akan menjadi pengerusi Komanwel pada tahun 2020,” kata Izzah.
Cadangan itu mendapat sokongan daripada empat ahli parlimen UK iaitu Ann Clwd daripada Parti Buruh, Alan Brown dan Chris Law dari Parti Nasiona Scotland dan Jim Shannon dari Parti Penyatuan Demokrat.