Imej via Wanista.com |
Hakim Rozilah Salleh memerintahkan tertuduh, Norliza Mat Radzi, 48 dipenjarakan berasingan masing-masing tiga bulan bagi setiap pertuduhan selain tambahan hukuman 10 bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berjumlah RM40,500.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Raja Zarina itu didakwa memilih syarikatnya iaitu Orean Collection untuk membekalkan bahan bantu mengajar berjumlah RM2,091 melalui pesanan sekolah pada 12, 17 dan 19 Februari 2016.
Bagi dua pertuduhan berikutnya, dia turut melakukan kesalahan sama membabitkan pembekalan tuala kecil untuk program Selamatkan Bumi Kita berjumlah RM500 dan pembekalan lima pakej hamper, set alat tulis serta medal bagi program perkhemahan berjumlah RM4,000 pada 30 Mac dan 13 April tahun sama. - UTUSAN ONLINE