1M1P galak murid Orang Asli ke sekolah infomalay12.blogspot.com

Imej via Utusan
LIPIS 25 Julai - Seramai 220 pelajar Orang Asli di negeri ini menerima sekaki payung setiap seorang sempena program 1Murid 1Payung (1M1P) peringkat negeri di Asrama Pusat Lipis, di sini kelmarin sebagai antara usaha untuk mengga­lakkan mereka ke sekolah.

Pengarah Pendidikan nege­ri, Datuk Rosdi Ismail berkata, pihaknya menjalankan pelbagai program tanggungjawab sosial dan kali ini mereka memilih untuk memberi sumbangan payung kepada murid daripada masyarakat Orang Asli.

“Program seumpama ini dapat memupuk budaya penyayang selain menzahirkan keprihatinan Jabatan Pendidikan Negeri kepada pelajar.

“Walaupun sumbangan ini nilainya sedikit, namun ia mampu memberi galakan kepada mereka ke sekolah dengan menggunakan payung diberikan sama ada semasa cuaca panas atau hujan,” katanya selepas majlis penye­rahan payung berkenaan.

Menurut Rosdi, majoriti pelajar yang terlibat berjalan kaki hampir satu kilometer ke sekolah dan berharap mereka dapat menggunakan payung tersebut sebaik mungkin.

Kata beliau, pihaknya turut merancang pelbagai aktiviti mengikut keperluan murid dan pelajar terutama melibatkan golongan yang kurang berkemampuan sebagai motivasi kepada mereka ke sekolah bagi me­nuntut ilmu.

“Kita sentiasa berusaha dan mencari pelbagai jalan bagi meningkatkan tahap pencapaian pendidikan masyarakat Orang Asli,” katanya.

Sumber: Utusan


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :