Katanya, pelantikan Idris Jala adalah tidak mencukupi bukan sahaja kerana dia pernah menjadi sebahagian daripada kabinet BN, malahan bidang tugas siasatan yang diberikan kepadanya tidak cukup komprehensif.
“Percakaran terbuka antara Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad mendedahkan bahawa sesuatu yang teruk telah berlaku dalam FELDA dan FGV untuk tempoh masa yang lama, sepanjang lima tahun.
“Dan persoalannya ialah mengapa (Datuk Seri) Najib (Razak) sebagai menteri yang bertanggungjawab secara langsung terhadap FELDA, tidak sedar mengenai skandal dan perkara yang tidak kena berkenaan.
“Malah mengapa dia tidak melakukan sesuatu bagi memastikan FELDA dan FGV tidak menanggung kerugian puluhan bilion ringgit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah turut berasa hairan bagaimana FGV yang merupakan pengendali ladang terbesar dunia dengan lebih 2 juta ekar kelapa sawit di Malaysia dan di beberapa negara lain menanggung kerugian yang begitu teruk.
Read More / Baca Lagi >>