Skandal FGV: Bersatu, NGO hantar memorandum desak Isa letak jawatan infomalay12.blogspot.com



Bersatu dan NGO Peneroka serah memorandum kepada FeldaParti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pertubuhan Peneroka Rakyat Malaysia (Peneroka) hari ini hadir di Wisma Felda untuk menghantar memorandum mendesak Tan Sri Isa Samad melepaskan jawatan Pengerusi Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV).
Dengan kehadiran lebih kurang 30 penyokong kedua pihak berkumpul di hadapan bangunan  Menara  Felda  jam 1 tengahari tadi  untuk menyerahkan memorandum bersama.
Bersatu diwakili Pengerusi Task Force Felda Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil dan Presiden Peneroka Junaidy Jamaluddin yang menyerahkan memorandum itu kepada Pengarah Urusan Bahagian Komunikasi FGV Ariff Ahmad Yeop di perkarangan Menara  Felda.
Memorandum bersama itu bertujuan mendesak Isa meletakkan jawatan serta merta tanpa perlu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Jika Isa gagal berbuat demikian, Bersatu dan Peneroka akan menyerahkan satu lagi memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk mendesak beliau memecat Isa.
"Kerugian FGV sebanyak  RM13.4bilion sejak 2012 itu sudah cukup untuk Tan Sri Isa mengundurkan diri kerana gagal menguruskan FGV dan Felda dengan baik," ujar kenyataan bersama itu.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: