Hanya kerana tidak dapat menerima dirinya dipesendakan, diejek serta di jadikan bahan jenaka menyebabkan seorang lelaki bertindak membunuh sembilan orang di satu majlis yang dihadirinya.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku gara-gara diejek kerana bukan `lelaki sejati’, seorang lelaki mengamuk dan menembak mati sembilan orang termasuk empat wanita pada satu majis di Tver, Rusia.
Sergey Yegorov, 45 tahun, dikatakan meninggalkan meja makan di majlis berkenaan sebelum kembali dengan senapang patah dan melepaskan tembakan.
Sebelum menembak mangsa, dia sempat menjerit :
“Sekarang aku nak tunjuk aku boleh menembak!”.
Satu-satunya mangsa yang terselamat ialah seorang gadis, Marina Volk, 21 tahun, yang bersembunyi di bawah kain dan berpura-pura meninggal dunia.
“Terdapat mayat di mana separuh muka mereka meletup. Dia lelaki gila. Dia masuk dan tembak semua orang. Saya tengok dan saya dengar bagaimana dia mengheret mayat-mayat itu,” katanya.
Marina kemudiannya menghubungi polis dan lelaki itu ditangkap.
Sergey adalah seorang juruteknik yang bekerja sementara di Moscow dan pulang ke kampungnya di Redkino untuk melawat ibunya.
Sergey dilaporkan memberitahu polis bahawa dia membunuh mereka semua hanya kerana mereka mempersendakannya disebabkan dia tidak pernah berkhidmat dalam pasukan tentera.
Antara mangsa adalah seorang wanita berusia 90-an yang juga veteran Perang Dunia Kedua.



Related Posts :
Tengah mengajar, guru ini dibakar rakan perniagaa di depan muridnya infomalay12.blogspot.com
17/8/17
police line. shutterstock
Seorang guru di Shambaiahnapalya, Magadi Taluk, India, mengalami peristiwa sangat men… Read More...
Zahid, belajarlah hormati orang lebih berjasa... infomalay12.blogspot.comTutur kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Perhimpunan 1Pesara Malaysia 2017 kelmarin sudah cukup menggambarkan betapa songs… Read More...
Nafsu gajah pada Mahathir, nafsu semut buat MO1 infomalay12.blogspot.comSeorang anggota parlimen Parti Amanah Negara (AMANAH) berpendapat, 'nafsu' PAS menempelak Tun Dr Mahathir Mohamad dan 'Malaysian Official 1'… Read More...
Kami boleh dapatkan undi India, kata Hindraf kepada Dr M infomalay12.blogspot.comWaythamoorthy berkata selepas pengalamannya dengan BN, beliau sedia bersama pembangkang mengubah nasib masyarakat India.
PUTRAJAYA: Pengerus… Read More...
PKR pertaruh Selangor cuba kerjasama dengan PAS, kata penganalisis infomalay12.blogspot.com
… Read More...