Kami boleh dapatkan undi India, kata Hindraf kepada Dr M infomalay12.blogspot.com

Waythamoorthy berkata selepas pengalamannya dengan BN, beliau sedia bersama pembangkang mengubah nasib masyarakat India.
waytha-harapan-15PUTRAJAYA: Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy hari ini yakin gerakan hak asasi itu mampu mengembleng masyarakat India untuk menyokong Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang, selepas berbincang dengan pengerusi gabungan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bercakap kepada FMT, Waytha berkata Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu akan memainkan peranan yang penting dalam membawa undi orang India kepada PH, malah undi mereka akan menjadi penentu dalam pertandingan melawan Barisan Nasional di kerusi majoriti tipis.
“Kami mahu membantu PH di kerusi-kerusi luar bandar ini, di mana masyarakat India boleh beri kesan yang besar,” katanya.
Waytha berkata sokongan meluas terhadap Hindraf dalam kalangan orang India kebanyakan akan memberi kelebihan kepada PH sekiranya gabungan itu menerima mereka sebagai ahli komponen.
Beliau berkata kerjasama itu antara isi perbincangan dengan Dr Mahathir dalam mesyuarat yang turut dihadiri bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan Tan Sri Sanusi Junid.
Mesyuarat selama 1 jam itu berlangsung di pejabat bekas perdana menteri di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.
“Saya hadir untuk bercakap dengan Tun dan meyakinkan beliau mengenai bagaimana kami boleh bantu bawa perubahan pada pilihan raya akan datang,” kata Waytha kepada FMT.
Menurut Waytha, jumlah pengundi orang India di kawasan Parlimen luar bandar yang dimenangi tipis oleh calon Umno pada pilihan raya lalu “mungkin kira-kira 5 hingga 6 kali lebih ramai daripada undi majoriti”.
“Kami bercakap mengenai Kedah, Johor, Perak dan Selangor,” kata Waytha, yang meletak jawatannya di Kabinet pada 2014, kurang dari setahun selepas dilantik sebagai seorang timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebahagian daripada persefahaman pilihan raya antara Hindraf dan BN.
Waytha mengambil kerusi Parlimen Merbok, Kedah sebagai contoh, di mana BN menewaskan PKR dengan 4,122 undi pada pilihan raya umum 2013.
“Sebenarnya ada seramai 15,000 pengundi India di situ,” katanya. “Jadi saya percaya kita boleh masuk dan yakinkan pengundi India supaya menyokong PH.”
Hindraf menerjah ke arus perdana pada 2007 selepas puluhan ribu orang India menunjuk perasaan di Kuala Lumpur, menuduh kerajaan meminggirkan masyarakat India tempatan.
Kumpulan itu dianggap memberikan kelebihan kepada pembangkang pada pilihan raya umum 2008, apabila calon BN ditewaskan di kawasan yang mempunyai jumlah pengundi India yang ramai.
Bagaimanapun, Hindraf menyokong BN sebelum pilihan raya 2013, selepas menandatangani memorandum persefahaman dengan gabungan pemerintah yang berjanji akan mengangkat nasib masyarakat India.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :