Tindakan seorang lelaki menghina PDRM membawa padah apabila di ditahan polis semalam, dia dipercayai memuat naik kenyataan jelik terhadap PDRM menerusi laman Facebook.
Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki berumur 34 tahun itu ditahan pada 4.45 petang semalam di Mata Ayer, Perlis hasil tindakan polis kontinjen Perlis.
“Terdahulu, polis Johor menerima satu laporan berkenaan satu kenyataan jelik yang dimuat naik dalam Facebook terhadap PDRM pada 1.30 tengah hari, semalam.
“Sehubungan itu, satu kertas siasatan telah dibuka bagi menjalankan siasatan lanjut serta mengesan individu yang terlibat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Wan Ahmad Najmuddin berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Beliau berkata, PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau pengguna media sosial yang membuat sebarang komen atau mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati, menjelikkan, mengugut atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
Sehubungan itu, semua pengguna media sosial dinasihati supaya lebih berhemah semasa menggunakan media sosial, katanya.

Related Posts :
[Video Pendedahan Bekas Peguam Pas] Pendakwah anggap dakwaan Hadi berkaitan Islam di Pulau Pinang palsu. infomalay12.blogspot.comAhad, 17 Disember 2017
Pendakwah anggap dakwaan Hadi berkaitan Islam di Pulau Pinang palsu
Ustaz Wan Ji Wan Hussin
Dakwaan Presiden Pas,… Read More...
[Video Dapat ilham lawan 'Dark Forces'? Ini jawab Mahathir] Gali kubur dan batu nisan saja belum kena GST. infomalay12.blogspot.comAhad, 17 Disember 2017
Gali kubur dan batu nisan saja belum kena GST
Bekas Setiausaha Umno Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin hari ini… Read More...
Hadi tabur kebencian terhadap Cina berhubung isu PM infomalay12.blogspot.comSETIAUSAHA Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menuduh Presiden PAS Abdul Hadi Awang memainkan sentimen agama dan perkauman tebal di kalangan ra… Read More...
[Video Terkini! Pendedahan Isu Kerajaan UmnoBN Perak] IMAMS Nazri nak main wayang juga ke? infomalay12.blogspot.comAhad, 17 Disember 2017
SELEPAS NAJIB DAN MAS ERMIEYATI DENGAN DRAMANYA, NAZRI PUN NAK MAIN WAYANG JUGA KE?
Ingatkan hanya Perdana Menteri,… Read More...
[Video JELAS~UMNO Sudah Hilang Kekuatan] Kita perlukan sokongan Umno untuk menang, kata PAS...Aik, kenapa UMNO saja? infomalay12.blogspot.comAhad, 17 Disember 2017
RUU355: Siapa Berdusta, Siapa Terpedaya atau Hipokrasi Semata-mata?
CELAH GELEGAR - blogger
Kita perlukan sokongan… Read More...