Hadi tabur kebencian terhadap Cina berhubung isu PM infomalay12.blogspot.com

SETIAUSAHA Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menuduh Presiden PAS Abdul Hadi Awang memainkan sentimen agama dan perkauman tebal di kalangan rakyat dengan mendakwa DAP mahukan jawatan perdana menteri.
Kata Guan Eng, Hadi telah membuat kenyataan tak beretika dan tidak bermoral yang bertentangan dengan prinsip kebenaran, walaupun Hadi sering menggambarkan dirinya sebagai pemimpin agama dan ulama.
“Dah diumumkan pun PH (Pakatan Harapan) telah melantik calon perdana menteri dan timbalan bukan daripada DAP. Kenapa mati-mati pun nak kata DAP mahukan jawatan perdana menteri?
“Serangan (terhadap DAP) ini bertujuan untuk mencipta sentimen ketegangan kaum di kalangan rakyat, antara Melayu dan bukan Melayu,” katanya dalam sidang media di Pulau Pinang hari ini.
DAP dan PAS pernah bersama dalam Pakatan Rakyat tetapi persahabatan politik kedua parti itu terputus apabila isu hudud dimainkan. Parti Islam itu secara rasmi memutuskan kerja sama dengan DAP sejak 2015. Sejak daripada itu, mereka sering bertelingkah.
Semalam, melalui rencana Berita Harian bertajuk “Derita bawah naungan DAP” Hadi dilapor menyerang DAP dan pemimpin veteran Lim Kit Siang, yang merupakan ayah kepada Guan Eng.
Hadi menuduh Kit Siang mahukan jawatan perdana menteri, tuduhan yang dilihat senada dengan Barisan Nasional dan musuh DAP.
Tuduhan Hadi itu dibuat walaupun umum mengetahui PH telah menamakan calon perdana menteri sementara dan timbalan perdana menteri ialah Perngerusi PH Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Hadi dilaporkan berkata, cita-cita Kit Siang itu bertentangan dengan Islam yang merupakan agama persekutuan, menambah hanya Islam sahaja yang adil untuk semua masyarakat.
Tambahnya, cita-cita itu berbeza dengan PAS yang memberi keutamaan untuk mengekalkan kepemimpinan Islam di negara ini.
Malah, Hadi turut menuduh DAP gagal menjadi “kerajaan bersih,” menyebabkan rakyat Pulau Pinang menderita akibat kepincangan kerajaan negeri itu.
Justeru, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Umno sebagai tunjang utama BN tidak patut bermain isu “perkauman tebal” terhadap DAP sebagai kononnya anti-Melayu dan anti-Islam hanya kerana mahukan sokongan.
Tambahnya lagi, sejak kenaikan kos sara hidup tinggi, Umno dan BN sudah tidak mendapat tempat di kalangan rakyat
“Tapi, paling sedih ialah ada parti yang sepatutnya menaikkan Islam, bermain pula dengan sentimen perkauman tebal.
“Saya diberitahu adalah haram dalam Islam untuk berbuat begitu. Ia digelar sebagai ’asabiyyah’ (berpuak-puak). Sebagai pemimpin agama dan ulama, perkara ini tak boleh diterima.
“Kalau pun Umno dan Hadi nak berkawan, mereka tak patut mainkan sentimen sebegini,” kata Guan Eng.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :