Setiap Kali ke Kubur Suami, Isteri Selalu Lihat Longgokan Sampah, Dia Merancang Untuk Menangkap Pelaku Untuk Mengetahui Pekara Sebenar. infomalay12.blogspot.com


ITALI – Seorang lelaki bernama Lozelli telah meninggal dunia pada tahun lepas dan meninggalkan isteri serta anaknya.

Setiap kali menziarahi kubur Lozelli, si isteri selalu melihat ada rumput atau ranting pokok serta sampah ditinggalkan di atas kubur suaminya.

Dia berasa marah kerana menyangkakan ada pihak yang sengaja meninggalkan sampah di atas kubur suaminya.

Dia membuat keputusan untuk menangkap orang yang melakukan perkara tersebut.

Dia bersembunyi di kawasan yang berhampiran perkuburan itu untuk melihat siapa pelakunya namun sesuatu yang tak dijangka berlaku di depan matanya apabila melihat seekor kucing berjalan perlahan sambil menggigit rumput, bunga dan ranting pokok menuju ke kubur suaminya.

Ternyata kucing itu adalah kucing kesayangan arwah suaminya yang bernama Toldo.

Selepas kematian Lozelli, Toldo sering keluar secara senyap dan isteri Lozelli menyangka Toldo pergi mencari kawan kerana kesunyian namun tidak disangka bahawa selama ini Toldo pergi ke kubur tuannya membawa hadiah.

Ini adalah cara kucing menunjukkan kasih sayangnya.

Walaupun dimata kita ia adalah sampah namun bagi kucing ia adalah sesuatu yang berharga.

Mereka menunjukkan sesuatu yang berharga pada kita untuk menunjukkan kasih sayang kepada kita. Editor:Farhana

Subscribe to receive free email updates: