Wanita ini dikatakan telah memuat naik status hinaan tersebut di laman sosial Facebook dan juga aplikasi WhatsApp miliknya sebelum ianya tersebar secara meluas di laman sosial.
Perintah reman terhadap suspek yang berusia 44 tahun ini telah dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Seksyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latif.
Menurut pihak berkuasa, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pihak berkuasa berjaya menahan suspek sejurus sahaja laporan mengenai kes ini diterima dan suspek berjaya di tahan di sebuah rumah di daerah Kuala Terengganu pada pukul 3.20 petang semalam.
Dalam pada masa yang sama, pihak polis juga turut merampas telefon bimbit jenama Samsung yang dimiliki suspek kerana ia dipercayai menjadi bukti utama penyebaran status berkenaan.
Bagaimanapun, suspek dikatakan telah memuat naik dua keping gambar Menteri Besar Terengganu yang telah diubah suai serta turut menulis komen yang berniat jahat, selain turut menghasut dan memfitnah Menteri Besar di laman WhatsApp.
Menurut sumber, suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Menteri Besar berkenaan satu projek yang diusahakan dan ini telah menyebabkan suspek bertindak sedemikian.
Terdahulu, lebih 30 individu telah membuat laporan polis berhubung status yang di muat naik wanita di laman sosial sebelum dia ditangkap. Sumber: Harian Metro, Editor: Amira