Tiada perjanjian dengan AS, bukti omong kosong Najib infomalay12.blogspot.com

Ahli parlimen Kuala Terengganu berkata lawatan itu hanyalah usaha Najib mengambil hati Trump setelah terpalit dengan siasatan DoJ melibatkan 1MDB.
raja-kamarul_najib_usa_600
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin berkata ketiadaan sebarang perjanjian semasa lawatan Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat (AS) September lalu jelas membuktikan hasrat negara menjalinkan kerjasama ekonomi dengan AS hanyalah omong kosong.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam yang mengesahkan tiada sebarang perjanjian pelaburan dimeterai dalam lawatan itu.
Katanya, lawatan delegasi kerajaan ke AS itu tidak lebih daripada usaha Najib ingin mengambil hati Presiden Donald Trump setelah dirinya terpalit dengan siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) melibatkan 1MDB.
“Saya terkejut dengan kenyataan (Mustapa) kerana saya mendengar sendiri video Najib menyatakan Malaysia ingin membantu ekonomi Amerika. Ini termasuk akan membuat pelaburan di AS bernilai lebih US$4 bilion melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional, serta puluhan bilion lagi bagi membeli pesawat Boeing dari AS.
“Sekarang, Mustapa berkata tidak ada perjanjian pelaburan dibuat. Adakah ia bermakna Najib hanya ingin mengambil hati Trump atas sebab tertentu tanpa benar-benar berupaya membuat pelaburan?
“Adakah ini ada kaitan dengan siasatan DoJ ke atas kes 1MDB? Bukankah ini akan merosakkan nama baik Malaysia? Tawaran pelaburan Malaysia merupakan jenaka besar yang menyedihkan.
“Adakah ini juga menunjukkan pelawaan pelaburan Najib tidak laku kerana ‘berisiko tinggi’?” soalnya semasa sidang media di Parlimen hari ini.
Semalam, Mustapa berkata lawatan kerja dari 11 hingga 13 September itu untuk meningkatkan profil dan persepsi positif terhadap Malaysia sebagai rakan dagang dan pelaburan AS.
Dalam perkembangan sama, Kamarul berkata perbelanjaan dana rakyat yang besar untuk lawatan tersebut langsung tidak memadai apabila kerajaan memaklumkan tujuan utama lawatan itu untuk meningkatkan profil semata-mata.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :