Waris mangsa tanah runtuh warga Myanmar dicari infomalay12.blogspot.com

 | October 26, 2017
Usaha mencari ahli keluarga kedua-dua mangsa warga Myanmar itu amat penting untuk memastikan sama ada mangsa beragama Islam atau Buddha.
Phee-Boon-Poh-tanah-runtuhGEORGE TOWN: Kerajaan negeri sedang mencari ahli keluarga dan waris kepada 2 mayat warga Myanmar yang maut dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah pada Sabtu lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh berkata mayat kini ditempatkan di Hospital Pulau Pinang.
Beliau berkata pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan Pejabat Kedutaan Myanmar di Malaysia dan pemaju projek terbabit bagi mengesan keluarga kedua-dua mangsa.

“Kerajaan negeri memberi tempoh sebulan kepada Kedutaan Myanmar menguruskan prosedur menuntut kedua-dua mayat ini sebelum proses lanjut dilakukan.

“Setakat ini kami sedang menguruskan prosedur menghantar pulang 5 jenazah warga Bangladesh yang turut terbabit dalam tragedi itu. Proses menghantar pulang dijangka selesai hujung minggu ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam insiden Sabtu lepas, kejadian tanah runtuh di tapak projek berkenaan meragut nyawa 11 pekerja terdiri daripada seorang rakyat tempatan, 5 Bangladesh, 2 Indonesia, 2 Myanmar dan seorang Pakistan apabila ditimbus tanah lereng bukit yang runtuh.

Ketika kejadian pada pukul 8.57 pagi, kesemua mereka sedang bekerja di tapak projek pembinaan rumah mampu milik itu.
Sehingga kini 9 mayat mangsa tragedi tanah runtuh itu sudah dituntut waris masing-masing iaitu 5 mayat warga Bangladesh, seorang mayat warga Pakistan, 2 mayat warga Indonesia dan seorang mayat rakyat tempatan.

Phee berkata usaha mencari ahli keluarga kedua-dua mangsa warga Myanmar itu amat penting untuk memastikan sama ada mangsa beragama Islam atau Buddha.

“Dalam tempoh sebulan jika mayat masih belum dituntut kami akan menguruskan mayat-mayat terbabit. Jika mayat itu bukan beragama Islam, kami akan bakar mayat itu dan abunya ditempatkan di satu kuil. Jika waris datang tuntut kita akan serahkan abu itu kepada mereka.

“Jika mayat terbabit beragama Islam kita serahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang untuk menguruskan urusan pengebumian,” katanya.
FMT

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :