Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pada 13 April lalu, mangsa menerima panggilan daripada individu mendakwa dari Pos Laju Malaysia dan diberitahu terdapat satu bungkusan dihantar dari Ipoh ke Sabah yang mengandungi kad pengenalan dan kad bank atas namanya.
Nenek 90 tahun ditipu Macau Scam
PESARA wanita berusia 90 tahun kerugian RM3.83 juta selepas ditipu sindiket Macau Scam menyamar sebagai pegawai Pos Laju dan polis.
K etua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pada 13 April lalu, mangsa menerima panggilan daripada individu mendakwa dari Pos Laju Malaysia dan diberitahu terdapat satu bungkusan dihantar dari Ipoh ke Sabah yang mengandungi kad pengenalan dan kad bank atas namanya.
Menurutnya, mangsa kemudian disambungkan kepada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Ho Mum Foo dan pegawai atasannya, Inspektor Herman Lee dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.
"Dia diberitahu terbabit dalam sindiket kegiatan pengubahan wang haram.
"Suspek memaklumkan butiran mangsa digunakan oleh seorang lelaki warga tempatan yang sudah ditangkap," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Nik Ezanee berkata, mangsa diugut akan ditangkap dan direman selama 45 hari sekiranya memberitahu sesiapa mengenai kes ini.
"Bimbang dengan ugutan itu, mangsa terpaksa mengikut segala arahan suspek dengan memindahkan wang simpanannya ke tujuh akaun syarikat yang berbeza berjumlah RM3.83 juta secara berperingkat.
"Transaksi pertama berlaku pada 20 April dan terakhir pada 15 Jun lalu di mana usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan," katanya.
Beliau berkata, polis menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu helah dan ugutan yang dilakukan oleh sindiket ini.
"Orang ramai dinasihatkan agar segera menghubungi polis sekiranya menerima panggilan telefon sebegini.
"Modus operandi terkini sindiket ini menyasarkan kepada golongan warga emas yang kurang pendedahan mengenai maklumat terkini jenayah siber," katanya.
Related Posts :
Adakah Saya Ini Gengster? - Norhizam infomalay12.blogspot.com
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu di Melaka, NORHIZAM HASSAN BAKTEE kini dilabelkan sebagai Yang Berhormat (YB) Samseng, YB… Read More...
[Video Fasa Peralihan Monsun Barat Daya-Fenomena hujan lebat, ribut petir serta angin kencang] TV3 Kering Sudah Air Mata & Palu sebelum GEMPA! Lembaga Pengampunan Diraja untuk Anwar & Kes permata Lubnan: Permohonan Rosmah ketepi saman ditolak. infomalay12.blogspot.com
… Read More...
MANIFESTO PH WUJUDKAN SEJUTA PEKERJAAN BERTUKAR JADI SEJUTA HILANG PEKERJAAN infomalay12.blogspot.com
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak seharusnya berpendirian dangkal dalam isu MMC Gamuda kerana… Read More...
[Video 'YB Samseng' {Timb. Pengerusi DAP Melaka) Dari Umno ke DAP, kemenangan tebus kekalahan bapa] Ingat YB, kamu jadi KULI rakyat, bukan BULI rakyat macam UMNO buat dulu! Tok Adi bakal mengali kubur utk kebumikan Pas di PRK PD. infomalay12.blogspot.comKhamis, 11 Oktober 2018
Otai BERSIH
Saya akui YB ni kasar. Tapi tu cite lain, yang saya nak bagitahu. UMNO ni dah tahu kelemahan tiap waki… Read More...
MANIFESTO PH WUJUDKAN SEJUTA PEKERJAAN BERTUKAR JADI SEJUTA HILANG PEKERJAAN infomalay12.blogspot.com
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak seharusnya berpendirian dangkal dalam isu MMC Gamuda kerana… Read More...