Penolong Kanan Kokurikulum “Undang” Ketidakpuasan Hati Warga Sekolah infomalay12.blogspot.com


Tiga keping foto tersebar di laman Facebook di dalam laman kumpulan-kumpulan guru popular. Foto tersebut mengandungi rayuan dengan beberapa tuduhan yang dilakukan ke atas seorang Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum (GPK Ko) sebuah sekolah di Kelantan.

Foto yang pertama hanya tertera tuntutan kepada pihak berwajib seperti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya menggerakkan GPK Ko tersebut keluar dari sekolah tersebut.
Foto yang kedua dilihat lebih berani apabila kain rentang terus nama GPK Ko sekolah tersebut berserta beberapa dakwaan yang menyebabkan mereka berasa tidak berpuas hati.

GPK Ko tersebut didakwa telah menjatuhkan maruah guru-guru dan juga sekolah tersebit. Pihak berwajib juga dilihat tidak mengambil apa-apa tindakan daripada tuntutan mereka.
Gambar ketiga yang dikongsikan lebih berani apabila ke semua guru yang membuat tuntutan dilihat mengambil gambar bersama salah satu kain rentang berkenaan dan berada diperkarangan sekolah.
Hingga setakat berita ini ditulis, masih tiada apa-apa kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak berwajib sama ada PPD, JPN dan KPM.

Rata-rata netizen tertanya adakah tindakan sebegini dibenarkan, tiadakah tindakan yang lebih profesional yang melibatkan penjawat awam dan apa yang sebenarnya telah dilakukan GPK Ko tersebut sehingga timbul isu memalukan profesion perguruan ini.

Semoga ada pencerahan yng menyelesaikan perkara yang boleh menjejaskan kredibiliti dan intgeriti guru pada masa hadapan.

Subscribe to receive free email updates: