MAHASISWA UNISU LAWAT KUANTAN infomalay12.blogspot.com



Kuantan,  31 Januari 2020 - Selesai Solat Jumaat di Masjid Tanjung Api tengahari tadi, YH Dato' Sri Ab Hamid Nazahar selaku Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang bersama-sama dengan kariah Masjid meraikan kehadiran 46 org Mahasiswa-Mahasiswa (Malaysia) dari Universitas Islam Negeri Sumatera Utara Medan Indonesia (UINSU).

Sebelum itu Mahasiswa bersama dengan barisan UMNO Bahagian Kuantan sempat mengagihkan buah kepada kariah masjid sejurus selesai solat Jumaat tadi.



Aktiviti lawatan mahasiswa berkenaan pada hari ini akan berakhir dengan program Ziarah Kasih UMNO Bahagian Kuantan dengan melawat penerima-penerima bantuan di sekitar Tanjung Api.



Turut sama hadir Naib Ketua UMNO Bahagian Kuantan En. Nara Nikman, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan Saudara Md Jamil Bin Pauzi, Setiausaha UMNO Bahagian Kuantan Dato' Hasnul Hamidi, Pengerusi JKKK Tanjung Api serta Barisan Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuantan.

Subscribe to receive free email updates: