Garis Panduan Murid Islam Sertai Pesta Ponggal di Sekolah - KPM infomalay12.blogspot.com

Satu surat dikeluarkan oleh Sektor Operasi Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 13 Januari 2020 memaklumkan bahawa penyertaan masyarakat muslim dalam perayaan Pesta Ponggal adalah haram terutamanya upacara memasak nasi susu.

Ini berdasarkan keputusan Mesyuarat Panel Pakar Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kali ke 100 yang telah bersidang pada 8 dan 9 April yang membincangkan perkara berkaitan Hukum Muslim Menyertai Pesta Ponggal.

Namun begitu, jika terdapat muslim yang terpaksa hadir ke pesta berkenaan, beberapa garis panduan perlu dipatuhi:
1. Tidak memakai apa jua pakaian khas yang merujuk kepada perlambangan agama seperti pakaian sami Hindu.
2. Tidak memakai apa jua peralatan yang memiliki simbol khas agama lain seperti memakai rantai, membuat tanda keagamaan di dahi dan memakai kalungan bunga
3. Tidak terlibat dengan apa jua ritual yang dilakukan dalam apa jua bentuk dan keadaan sekalipun
4. Tidak memasuki rumah ibadat mereka ketika mana upacara ritual agama sedang berlangsung.
5. Harus mengucapkan selamat kepada rakan dan jiran tanpa niat membelakangkan agama Islam.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :