SELEPAS LEBIH 12 TAHUN ALTANTUYA KEMBALI ?
TERDAHULU
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Ramkarpal Singh berkata pihak berkuasa perlu menyiasat tanpa rasa takut dan pilih kasih berikutan SD yang difailkan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu.
TERDAHULU
Peguam keluarga Altantuya Shaariibuu menggesa pihak berkuasa menggunakan Akuan Bersumpah (SD) yang difailkan oleh bekas anggota polis, Azilah Hadri bagi membuka semula siasatan berhubung pembunuhan wanita Mongolia berkenaan.
Ini berikutan pendedahan Azilah dalam SD tersebut yang mendakwa dia diarahkan oleh bekas perdana menteri, Najib Razak untuk melakukan pembunuhan itu pada tahun 2006.
BUKIT AMAN MAHU LIHAT SD AZILAH DAHULU