Polis menemui kepala dua beranak yang dibunuh dan dikerat lapan bahagian Khamis lalu, disorok di siling rumah mangsa di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, Melaka.
Kepala wanita dan kanak-kanak lelaki itu ditemui di rumah mangsa kira-kira jam 8 malam, Jumaat lalu.
Semalam, Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim enggan mendedahkan penemuan anggota badan terbaharu iaitu kepala mangsa kerana tidak mahu mengganggu siasatan.
Pihaknya juga sedang berusaha mencari bahagian pergelangan tangan yang difahamkan telah dibuang ke dalam tong sampah dan dikutip oleh pekerja pembersihan.
"Ia difahamkan dibuang ke dalam tong dan kemudiannya diangkut oleh pihak ditugaskan untuk dibuang selain sudah lama," katanya.