Umur 30 Tahun, Mukhriz Mahathir Sudah Dapat 1,000 Hektar Balak? infomalay12.blogspot.com



Penasihat undang-undang Negeri Sarawak, Fong Joo Chung telah menuduh Mukhriz Mahathir mendapatkan kontrak pembalakan daripada Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1994 diwaktu Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke4. 

Menurut Sarawak Report, Tan Yak Soon, bekas pemilik Tanjung Tiara Sdn Bhd telah  berjaya mendapatkan 1,000 hektar kontrak pembalakan dengan pertolongan Fong  Joo Chung dan Ketua Menteri Sarawak sekarang. 

Tanpa Sarawak Report sedari, Pemegang saham bersama dan pengerusi Tanjung Tiara Sdn Bhd ketika itu adalah Mukhriz Mahathir yang berumur 30 tahun pada 1994. 

Mukhriz Mahathir, seperti bapanya menyatakan bahawa dia tidak tahu tentang urusan yang melibatkan Tanjung Tiara Sdn Bhd.  

Ketika Sarawak Report cuba untuk bermain detektif, tanpa mereka perasan, nama Mukhriz Mahathir telah diheret sekali dalam konspirasi pembalakan di Sarawak ini. 

Yang paling kasihan, bukan sahaja Mukhriz, malah Tun Mahathir di hujung usianya sendiri diserang, dihina dan ditendang oleh orang disekelilingnya. Hari-hari terakhir Dinasti Mahathir, segala isu akhirnya terbongkar dan timbul semula. 

Inilah agaknya kesan dari doa-doa rakyat yang inginkan Mahathir panjang usia agar dia dapat melihat sendiri kerosakan yang telah dilakukannya.

Kesimpulannya, Sarawak Report melaporkan tentang pemberian balak kepada Mukriz Mahathir pada tahun 1994 untuk apa? Sarawak Report pisau bermata dua, satu untuk menikam musuh satu untuk menikam tuan sendiri.

Subscribe to receive free email updates: