Muat Turun Toolkit PdP KBAT Terbitan BPK, KPM infomalay12.blogspot.com

Toolkit PdP KBAT adalah satu manual pelaksanaan yang lengkap bagi sekolah untuk membudayakan KBAT dalam PdP ke tahap cemerlang berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2). Toolkit ini dibina agar dapat dijadikan rujukan utama guru dalam meningkatkan mutu PdP yang mempunyai elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Pembinaan dan pengumpulan bahan dalam toolkit adalah merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam inisiatif KBAT Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk melahirkan murid yang berpemikiran aras tinggi, kritis dan kreatif serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Guru boleh memperoleh pelbagai sumber dari toolkit ini yang dapat meningkatkan kreativiti mereka apabila membuat perancangan pengalaman pembelajaran murid supaya menjadi lebih menarik, bermakna serta mencabar pemikiran dan potensi mereka.

Panduan Penggunaan Toolkit PdP KBAT ini diterbitkan supaya guru dapat mengakses pelbagai sumber yang terdapat dalam toolkit dengan mudah dan cepat secara sistematik. Bahan yang terdapat dalam toolkit mengambil kira beberapa faktor yang telah dikenal pasti diperlukan oleh guru supaya dapat membudayakan amalan KBAT dalam PdP mereka.

Muat Turun: Toolkit PdP KBAT & Slide Panduan Taklimat

Muat Turun: Toolkit PdP KBAT & Slide Panduan Taklimat





Subscribe to receive free email updates: