Malaysia tangga kedua guru paling dihormati masyarakat infomalay12.blogspot.com

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Pengorbanan guru dalam mendidik anak muridnya adalah satu kenangan terindah apabila mereka berjaya dalam pelajaran masing-masing.

Walaupun tidak dibalas dengan wang ringgit tetapi sekadar menghormati dan mengingati jasa mereka yang banyak mencorak kehidupan anak didiknya.

Kegigihan dan pengorbanan guru di Malaysia terus diangkat apabila menduduki tangga kedua daripada 35 negara di dunia dihormati masyarakat negara ini.

Perkara itu didedahkan sebuah yayasan dalam pembangunan pendidikan dan guru peringkat global iaitu Yayasan Varkey.
Menurut akaun Twitter World Index yang memuat naik ciapan malam tadi, China menduduki tangga pertama mengenai perkara itu.
Kedudukan itu disusuli Taiwan yang berada tempat ketiga diikuti Indonesia (lima), Turki (tujuh), India (lapan) dan Kanada (11).

Amerika Syarikat pula berada tempat ke16 iaitu dibelakang United Kingdom manakala Jepun pula di kedudukan 18.

Israel pula berada tempat 34 dan terakhir Brazil di kedudukan 35.

Yayasan Varkey diasaskan oleh seorang ahli perniagaan terkenal India, Sunny Varkey iaitu Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Vikas Pota.

Ia ditubuhkan pada 2010 dengan objektif memberi tumpuan dalam meningkatkan pendidikan terhadap kanak-kanak.

Yayasan itu juga turut memberi fokus utama meningkatkan kapasiti guru di peringkat global yang melatih ribuan tenaga pengajar itu dalam pembangunan beberapa negara termasuk menyediakan akses pendidikan. - UTUSAN ONLINE

Subscribe to receive free email updates: