[KUANTAN] KERJASAMA UMNO-PAS HIKMAH CUKUP BERMAKNA UNTUK MELAYU DAN ISLAM infomalay12.blogspot.com







Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerjasama UMNO dan PAS hari ini memberi hikmah yang cukup bermakna kepada orang Melayu dan Islam ekoran semakin hari ditindas kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, kerjasama ini adalah berteraskan kepada usaha untuk membela agama dan bangsa Melayu yang semakin hari semakin meresahkan.

“Kerjasama ini kena cara yang betul, berpakat antara UMNO dan PAS hari ini dan diteruskan dari Pilihan Raya Kecil (PRK) sehinggalah Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang agar dapat merampas kembali 30 kerusi Parlimen yang kalah dahulu,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang berkata demikian ketika merasmikan Perhimpunan Agung Veteran UMNO Malaysia kali kesembilan di sini, malam tadi.

Katanya , veteran UMNO mempunyai sumbangan yang sangat besar terhadap kelangsungan perjuangan parti.

“Veteran UMNO cukup banyak berpengalaman dan kita boleh berkongsi pandangan untuk memperjuangkan UMNO. Walaupun tiada ada apa-apa jawatan namun atas usaha mahu melihat UMNO terus kukuh kembali dan berkuasa, maka veteran ini tidak patah semangat.




“Saya percaya inilah semangat yang dibawa oleh veteran … insya-Allah UMNO akan bangkit semula dan kekalahan ini ada hikmahnya.”

Tegas beliau, dengan kelangsungan Mesyuarat Perhimpunan agung Veteran UMNO, terbukti ahli-ahli veteran mempunyai semangat yang tinggi walaupun tiada jawatan, tidak lagi berkhidmat dan tiada kedudukan.

“Sebagai veteran masih tetap bersama dengan parti keramat ini… Veteren UMNO ini banyak berkorban pada parti, negara dan juga keluarga setelah bersara baru dapat mengecapi erti kehidupan yang sebenarnya.

Selaras dengan itu, beliau yakin dengan berkat kerja kuat dan sokongan dari Veteran UMNO, insya-Allah UMNO akan bangkit kembali dan dapat menawan Putrajaya kelak.


Subscribe to receive free email updates: