KLIA MACAM PASAR BORONG: ALLAH MAKBULKAN DOA MAHATHIR infomalay12.blogspot.com






Sudah dua hari sistem pengurusan dalam talian KLIA tidak berfungsi. Semuanya perlu dilakukan secara manual. KLIA tidak ubah macam pasar borong.



Anehnya tidak nampak sebarang kesungguhan kerajaan untuk menyelesaikannya.

Tidak ada pasukan petugas khas, tidak ada kemaskini semasa dari Menteri Pengangkutan. Kerajaan seolah-olah tidak bersalah dan tiada rasa malu.

Orang ramai tertanya-tanya apa masalah sampai sukar sangat diselesaikan. Ini masalah sistem dalaman saja bukan membabitkan kabel internet dalam laut pun.

Sehingga hari ini kita belum dengar pasukan Polis menubuhkan pasukan penyiasat khas mengkaji sama ada ini satu sabotaj dalaman.

Tergendala 3-4 jam mungkin biasa. Jika sehari pun kita terima lagi. Jika sudah berhari-hari ini sangat misteri.

Adakah ini ada kena mengena dengan agenda tukar vendor pembekal sistem atau ada kena mengena dengan pertikaian Air Asia -MAB yang telah dibawa ke timbang tara?

Apa pun puncanya sama ada sabotaj atau kelemahan pengurusan sistem, perkara paling memalukan ialah sikap acuh tidak acuh kerajaan terutamanya Menteri Pengangkutan.

Mungkin Kerajaan hari ini tidak mempunyai kemampuan memahami kemajuan teknologi Malaysia. Tahap pemikiran mereka hanya mampu bincang isu teksi motosikal sahaja.

Bertahun-tahun Tun Mahathir menuduh imej Malaysia terjejas teruk di peringkat dunia. Akhirnya Allah makbulkan doa beliau.

Sekarang siapa malu?

Ab Jalil Becker


Subscribe to receive free email updates: