Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Nga Kor Ming bahawa datuk nenek mereka juga adalah pejuang Perang Dunia II adalah para pejuang Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) yang kemudiannya membentuk pejuang gerila Parti Komunis Malaya (PKM).
Sejarah orang-orang Cina di Tanah Melayu yang menentang Jepun disebabkan Jepun mula-mula menakluki Manchuria, bahagian timur Laut China sebelum meletusnya Perang Dunia II sekitar tahun 1939.
Setelah Perang Dunia II meletus secara rasmi sekitar tahun 1941 di mana Jerman dan Itali membentuk perikatan di barat manakala Jepun mula memerangi negara-negara China dan Asia Tenggara.
Dengan penglibatan Amerika Syarikat, Great Britain dan beberapa negara di Eropah membentuk satu kuasa yg menentang blok Jerman, Itali dan Jepun ini maka Perang Pasifik semakin meluas sehingga ke tanah jajahan mereka.
Di Tanah Melayu, orang-orang Cina yg datang sebagai imigran ini ada yang telah kembali ke China untuk bersama rakyat menentang Jepun. Mereka juga telah menghantar bantuan kewangan untuk logistik dan ketenteraan.
Di Tanah Melayu mereka menganggotai pasukan bersenjata (MPAJA) yang mana sebahagian persenjataan ini dibekalkan oleh British sebagai pasukan gerila.
Setelah Jepun menyerah kalah akibat ledakan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki dalam tahun 1945, maka pemerintah Jepun di Tanah Melayu juga telah menyerah kalah.
Sebaik saja Jepun menyerah kalah, keadaan keselamatan negara berada dlm "vocum power" atau kekosongan kuasa.
Situasi ini dengan segera diambil peluang oleh pejuang MPAJA untuk berkuasa. Ia dinamakan era Bintang Tiga yg memerintah Tanah Melayu selama 14 hari.
Setelah Malayan British Army (MBA) kembali ke Tanah Melayu, maka berlaku penentangan antara MPAJA dengan MBA.
Ini kerana perang menentang Jepun telah tamat dan MBA mahukan MPAJA dilucutkan senjata. Namun MPAJA enggan tunduk kepada British lalu kembali masuk ke hutan bagi menentang British dan akhirnya membentuk PKM.
Kesimpulannya, yang dimaksudkan Nga Kor Ming pejuang negara mengikit takrifan beliau mungkin adalah pejuang MPSJA dan juga pejuang gerila komunis.
Ini kerana keturunan Nga Kor Ming adalah berasal dari Sitiawan, Perak di tempat kelahiran Chin Peng, Setiausaha Agong PKM.