SN Rayer Dan Lim Guan Eng Menipu Dalam Pengistiharan Harta? infomalay12.blogspot.com

Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan usul untuk mewajibkan semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang dan keluarga mereka mengisytiharkan pendapatan dan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong, (Warisan-Batu Sapi) hari ini yang membentangkan usul itu di Dewan Rakyat mewakili kerajaan menegaskan bahawa usul itu dibuat berlandaskan perjuangan kerajaan di bawah Pakatan Harapan (PH) yang memperjuangkan prinsip akauntabiliti dan ketelusan. Betulkah?



Pertama, bagi Ahli Parlimen Jeutong, SN Rayer, beliau sudah bertahun menjadi seorang peguam. Beliau sudah dua penggal menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan setahun menjadi Ahli Parlimen dengan gaji sebnayak RM37,800, Namun, apabila deklarasi harta dibuat, tidak ada apa-apa harta distiharkan.

Kita husnuzon sajalah, mungkin beliau tiada kereta, hanya naik Grab. Tiada wang simpanan dan insurans serta saham amanah. Mana tahu mungkin beliau tinggal di bawah jambatan dengan memasang kelambu.



Kedua, Menteri Kewayangan, Lim Guan Eng mungkin seorang penipu. Harga pembelian rumah  kontroversi 'banglo tanpa kolam renang' di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang dibeli dengan harga RM2.1 juta tetapi seluruh harta yang diisytiharkan kepada SPRM hanya RM1.35 juta. Mustahil harga aset di Pulau Pinang jatuh dengan mendadak. 

Semasa menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pernah mengistiharkan harta memiliki bangunan rumah kedai di Melaka. Datuk Liew Vui Keong juga berkata, menipu deklarasi aset boleh dikenakan penjara. Mungkin kalau hendak menipu macai Tomato bolehlah.

Subscribe to receive free email updates: