Peneroka Felda Dikencing Kerajaan PH Di Hari Peneroka Kebangsaan 2019 infomalay12.blogspot.com

Patutlah ramai peneroka berpusu-pusu keluar majlis dalam keadaan marah ketika Perdana Menteri sedang memberikan ucapan. Rupanya mereka marah kepada ucapan dan janji kosong Perdana Menteri.

Peneroka mahu dengar macam mana Kerajaan hendak mengatasi masalah harga sawit. Sebaliknya, Perdana Menteri berucap meminta peneroka jangan bergantung dengan sawit, dan menyuruh peneroka menanam nenas, rambutan, jagung dan lain-lain tanaman.

Sedangkan pokok sawit sudah sedia ada, hendak tanam pokok lain lambat lagi untuk mendapatkan hasil. Peneroka hendak belanja pakai duit apa? Keluhan makcik peneroka dalam video di bawah ada betulnya.


Kedua, tambah lagi merapu apabila Kerajaan PH hendak mengabungkan tanah Felda menjadi estet. Maka peneroka boleh kerja di estet. Adakah dalam model baru Kerajaan PH, tanah peneroka akan dipajak atau dicagar? Peneroka harus ingat sistem pajak tanah felda ni akan jadi macam teksi pajak. Ini orang yang sama pekenalkan.

Sistem technoplant yang sedia ada sudah baik. Peneroka sebagai tuan tanah. Kalau peneroka perlu kerja sendiri, baik bubar technoplant dan usaha  sendiri, buat apa nak pajak /cagar tanah kepada estet?


Subscribe to receive free email updates: