Murid mabuk, tidak sedarkan diri infomalay12.blogspot.com

“Dipercayai kerana terlalu mabuk menyebabkan murid berkenaan tidak sedarkan diri dan orang ramai yang menyedari kejadian itu segera memaklumkan kepada pihak sekolah.

“Murid berkenaan kemudiannya dibawa ke sekolahnya sebelum orang ramai menghubungi pasukan perubatan untuk mendapatkan bantuan.

“Pasukan perubatan yang ke sekolah berkenaan kemudiannya melakukan pemeriksaan awal dan mendapati murid itu mengambil minuman keras secara berlebihan,” katanya.

Murid itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil.
Sementara itu, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan Mohd Razali Mustafar mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya akan memanggil murid berkenaan untuk sesi kaunseling.

“Kita juga akan mengadakan pertemuan dengan ibu bapanya bagi mengetahui masalah yang mungkin dialami murid berkenaan.

“Kita juga akan mengadakan ceramah berkaitan bahaya alkohol kepada murid sekolah di daerah ini kerana ia boleh merosakkan masa depan mereka,” katanya.

Terdahulu, beberapa gambar murid berkenaan tular di media sosial sejak petang tadi dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet.

Subscribe to receive free email updates: