Menjawab Halusinasi Menteri Kewayangan Mengenai Pengambilalihan 4 Konsesi Lebuhraya infomalay12.blogspot.com


Berkatalah Menteri Kewayangan di Dewan Rakyat hari ini,
Ini bermaksud bahawa Kerajaan juga sama-sama menjimatkan sekurang-kurangnya RM5.3 bilion yang boleh digunakan untuk membantu rakyat seluruh Malaysia pada tahun-tahun yang akan datang.
Oleh sebab kadar tol akan dikurangkan mengikut model caj kesesakan ini, pengguna akan dapat menjimatkan sehingga RM180 juta setahun ataupun hampir RM2 bilion sepanjang baki tempoh konsesi masing-masing bagi keempat-empat lebuh raya ini.
Penjimatan besar untuk pengguna dapat dicapai kerana unsur keuntungan telah dikeluarkan daripada model pengambilalihan konsesi tol ini.
Tidak nampak di mana penjimatan dan keuntungan boleh diperolehi oleh Rakyat Malaysia sekiranya faktor-faktor berikut diambil kira:

Pertama, pengguna di 4 lebuhraya tersebut iaitu Lebuhraya Kesas, Sprint, Litrak dan Smart Tunnel masih lagi perlu membayar tol pada waktu kesesakkan.

Kedua, waktu puncak (kesesakkan) di sekitar Lembah Klang adalah bermula daripada jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi, jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang dan 5.00 petang hingga 8.00 malam. Ini bermakna selama 9 ke 10 jam sehari pengguna di 4 lebuhraya tersebut akan dikenakan tol yang dinamakan caj kesesakkan. 

Hanya pada jam 9.00 malam hingga 6.00 pagi sahaja tol akan menjadi percuma. Adakah waktu tol percuma tersebut Rakyat akan menggunakan lebuhraya semata-mata untuk menikmati kemudahan percuma?

Ketiga, kos pengambilan 4 lebuhraya tersebut adalah berjumlah RM6.2 bilion yang akan dibiayai dengan penerbitan bon. Kutipan caj kesesakan akan digunakan untuk membiayai bayaran baik hutang bon sebanyak RM6.2 bilion tersebut. 

Perlu diingat bon adalah hutang. Pihak yang menerbitkan bon aalah Kerajaan. Ini bermakna kerajaan akan menambah lagi hutang kerajaan yang kini telah mencecah RM800 bilion (tambah RM200bilion semenjak PH menguasai Kerajaan Persekutuan)

Keempat, yang berhutang adalah Kerajaan Persekutuan dan yang akan membayar adalah Rakyat. Jadi apa bezanya Kerajaan PH dengan kerajaan BN yang didakwa sebelum ini banyak berhutang dan Rakyat terpaksa menanggung?

Kelima, apa yang pasti yang paling beruntung adalah Gamuda Berhad, pemilik konsesi 4 lebuhraya tersebut. Gamuda tidak perlu tunggu selama 30 tahun untuk mendapat balik pelaburan mereka. Dengan bayaran RM6.2 bilion, Gamuda boleh gunakan untuk pelaburan hartanah yang menjadi fokus kumpulan syarikat mereka. 

Sayugia diingatkan, Gamuda adalah syarikat yang diberi projek tambakan laut bernilai RM40 bilion di Batu Maung, Pulau Pinang ketika Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri. Dengan wang RM6.2bilion tersebut, Gamuda sudah boleh gunakan sebagai modal untuk membina dua buah pulau buatan di Batu Maung seperti mana yang diidamkan oleh Lim Guan Eng.

Kesimpulannya, hebat tak perancangan Lim Guan Eng dan DAP? Pusing ikut mana sekalipun Rakyat juga yang kena dan kroni jugak yang untung.

Subscribe to receive free email updates: