Jenayah Rogol Oleh EXCO Perak Boleh Diikat Jamin Dan Dicaj Di Bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan? infomalay12.blogspot.com

Utusan Online, baca di sini, melaporkan polis telah menahan EXCO Kerajaan negeri dari DAP yang dikaitkan dengan tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia semalam. Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dalam siasatan pihak polis. Katanya,
Untuk siasatan polis yang adil, kita telah menangkap orang disyaki semalam bagi membantu siasatan. Kita ambil percakapan dan pemeriksaan doktor (terhadap suspek). Jaminan akan diberikan selepas siasatan selesai.
Menurut beliau, kertas siasatan berhubung kes tersebut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

EXCO berkenaan hari ini telah dibebaskan dengan jaminan polis. Tidak pasti tuduhan jenayah rogol boleh diikat jamin. Dalam kes ini, kenapakah  Wakil Rakyat DAP Perak dituduh dirogol oleh pembantu rumah sendiri dibebaskan dengan jaminan polis (tidak direman) walaupun ini sepatutnya jenayah yang tidak boleh dijamin di bawah undang-undang? Hasil semakan portal Badan Peguam Malaysia mendapati, jenayah rogol tidak boleh diikat jamin. Baca di sini.


Caj yang dikenakan ke atas EXCO berkenaan iaitu Seksyen 376, Kanun Keseksaan juga agak kurang tepat. Seksyen 376 Kanun Keseksaan adalah berkaitan kes hubungan jenis dengan wanita di bawah umur 16 tahun. Mangsa dalam kes ini berumur 23 tahun.

CTS bukan peguam yang bertauliah. Namun, sejak Malaysia Baharu ini banyak kes-kes pelik yang berlaku, antaranya,

1. Pemimpin UMNO meletak tangan ke atas bahu Menteri PH seraya menyebut "Ko Bodoh", terus ditangkap dan direman tiga hari. Beliau juga didakwa di mahkamah 12 hari selepas itu dengan tuduhan mengaibkan maruah Menteri.

2. Pegawai Menteri PH ditangkap mengintip dan merakam skirt wanita bulan September lalu. Terdapat bukti rakaman video dan ada pengakuan dari mangsa. Namun, setelah 10 bulan pun belum didakwa oleh Kerajaan PH.

3. Pemimpin DAP Pahang mengugut Ketua Polis Daerah (OCPD) melalui applikasi media sosial WhatsApp kerana cuba mempertahankan ahli DAP menjual rokok dan arak seludup, dengan mesej, 
SESIAPA NAK LAWAN PH, AKAN DATANG DIA PUN TAK BOLEH AMAN.
Kes i ni ada bukti bertulis. Laporan polis juga dibuat oleh OCPD yang diugut. Namun, pengugut dibebaskan dengan jaminan polis selepas beberapa jam. Pengugut tidak direman dan tiada dakwaan selepas dua bulan "menyiasat".

4. Air kencing seorang anak Menteri Kanan yang terlibat dengan ganja perlu 6 bulan untuk diuji. 

5. Video bersemburit di Sandakan perlu lebih sebulan untuk menentukan kesahihan. Pihak polis mengeluarkan kenyataan tidak ada had tempoh masa untuk menyiasat.

Dan yang terbaru, pihak polis ditegur oleh pemimpin DAP kerana menahan suspek perogol.


Kesimpulannya, hebat 'rule of law' di bawah Kerajaan PH.

Subscribe to receive free email updates: