Zaman Kerajaan PH, Macam-Macam Kemalangan Pelik Berlaku Tidak Masuk Akal infomalay12.blogspot.com



Dua hari lepas, CTS membuat posting dan memuatnaik video kemalangan pemandu Menteri Wilayah Persekutuan terlibat dalam kemalangan di kilometer 253.3, lebuhraya PLUS.

Hari ini, pihak polis mengesahkan bahawa kenderaan SUV berkenaan dilanggar oleh pemandu motorsikal berkenaan. Ironinya, motorsikal berkenaan berada di depan SUV berkenaan selepas kemalangan. Kedua, tiada kesan perlanggaran dan kerosakan di belakang SUV berkenaan di dalam video di bawah.

Mungkin apa yang terjadi adalah di dalam zaman PH, penunggang motorsikal berkenaan melanggar SUV berkenaan dari belakang. Penunggang motorsikal dan motorsikalnya terbang melayang ke depan SUV berkenaan seperti dalam gambar Hindustan.

Jangan terkejut, zaman PH apa sahaja adalah logik, masuk akal dan boleh terjadi. Alaa ... macam kes kematian pegawai Bomba Adib tu.

Subscribe to receive free email updates: