Motif Sumbangan Lim Kit Siang Sebanyak RM1 Juta Kepada PDRM? infomalay12.blogspot.com


Peruntukan khas bagi Ahli Parlimen kerajaan Pakatan Harapan (PH) pula adalah berjumlah RM1.5 juta, manakala RM300,000 bagi peruntukan pengurusan pejabat untuk menguruskan Pusat Khidmat Rakyat. Hari ini, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menyumbang satu tempat saja  berjumlah RM1juta.

Lim Kit Siang mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk baik pulih balai Polis Tampoi di Johor. Menurut beliau ini merupakan peruntukan pejabat Parlimen beliau selain peruntukan khas Kerajaan Persekutuan sebanyak RM20 juta.

Pertama, baik peruntukan RM1 juta mahupun RM20 juta adalah duit Kerajaan yang juga duit Rakyat. Tidak ada apa yang perlu dibanggakan. Lainlah sekiranya Lim Kit Siang menggunakan duit tabungan beliau.

Kedua, Sidang akhbar tersebut sangat misteri dan meragukan kerana peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk baik pulih tersebut merupakan dalam bentuk tender. Jadi RM1 juta ini diberi kepada siapa? Mustahil dimasukkan dalam tender yang bakal dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ketiga, apa motif Lim Kit Siang memberi sumbangan sebanyak 2/3 daripada peruntukan tahunan Parlimen beliau bagi pembaikan kuaters ini. Adakah ini satu tadbir urus (good governance) yang baik?

Keempat, adakah ini satu bentuk sumbangan yang boleh menyebabkan pihak PDRM menjadi malu alah sekiranya berlaku kegiatan haram di Johor umumnya dan di Parlimen Tanjung Puteri umumnya?

Subscribe to receive free email updates: