Waris takhta Selangor & RMS orangnya humble, tak lebih-lebih, sempoi..Takde escort macam nak berperang! MP DAP anjur program isi minyak percuma untuk penghantar makanan bermotorsikal sempena Ramadhan [Video PENGUATKUASA MENYAMAR TEBAR ROTI UNTUK TANGKAP ORANG ISLAM TIDAK PUASA] infomalay12.blogspot.com

Sabtu, 25 Mei 2019

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang berdiri, orang berjalan dan luaran
Ini waris takhta Selangor.
Sudah menjadi amalan tahunan Raja Muda Selangor & kekanda Tengku Zatashah berkunjung ke bazar Ramadhan dengan membawa bekas makanan sendiri.
RMS orangnya humble, tak lebih-lebih, sempoi. Takde escort macam nak berperang. Kalau bawa pun escort memandang dari jauh untuk tujuan keselamatan, bukan untuk menunjuk-nunjuk atau berlagak.
Kekandanya pula banyak melibatkan diri dalam kempen-kempen kesedaran pentingnya memelihara dan memulihara alam sekitar. Tengku Zatashah antara penyokong paling kuat kempen #BebasPlastikdan larangan pemberian straw secara otomatik.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri dan luaran
Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang senyum, orang berdiri, orang ramai, kasut dan luaran

MP DAP anjur program isi minyak percuma untuk penghantar makanan bermotorsikal sempena Ramadan

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng akan menganjurkan “Program Isi Petrol Percuma” kepada penghantar makanan bermotorsikal di Kuala Lumpur pada Ahad ini.
“Tujuan program isi petrol percuma ini adalah kerana saya menghargai kesungguhan para penghantar makanan bermotosikal, khususnya di bulan Ramadan ini,” kata Lip Eng dalam kenyataan, hari ini.
Semua penghantar makanan termasuk Dahmakan, Foodpanda, Grabfood, Honestbee dan lain-lain dijemput ke stesen minyak Caltex di Batu 8 Jalan Kepong pada Ahad ini bermula dari pukul 12 tengah hari sehingga 5 petang.
“Kami akan mengisi minyak ke dalam tangki motosikal mereka hingga penuh,” katanya yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan. – Roketkini.com

Subscribe to receive free email updates: