Ujian MUET hanya terpakai kepada guru opsyen Bahasa Inggeris - KPM infomalay12.blogspot.com

PUTRAJAYA - Arahan Kementerian Pendidikan supaya guru mengajar bahasa Inggeris menduduki Malaysian University English Test (MUET) hanya terpakai kepada guru opsyen bahasa Inggeris.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan) Kementerian Pendidikan, Dr Habibah Abdul Rahim berkata, langkah itu dibuat bagi memastikan semua guru mata pelajaran itu mencapai tahap penguasaan yang terbaik.

Menurutnya, pemilihan MUET dibuat kerana ia dibina menggunakan kepakaran tempatan dan dinilai berlandaskan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).

“Fokus kita (Kementerian Pendidikan) adalah kepada guru opsyen bahasa Inggeris (untuk ambil ujian MUET), kita tidak minta kepada guru yang bukan opsyen (bahasa Inggeris) untuk ambil ujian ini.

“Pelaksanaan yang kita buat ini (ambil ujian MUET) supaya guru dapat mencapai tahap yang sepatutnya (dalam bahasa Inggeris),” katanya pada sidang media khas di pejabatnya di sini hari ini.
Habibah berkata, ketika ini terdapat seramai 41,676 guru opsyen bahasa Inggeris di seluruh negara.

“Jika diikutkan jumlah yang ada sekarang sudah mencukupi tetapi jika berdasarkan jumlah normal yang seharusnya ada adalah seramai 44,924 orang opsyen bahasa Inggeris,” katanya.

Sementara itu, ditanya jumlah peratusan guru opsyen bahasa itu yang mengambil ujian MUET, Habibah berkata, sebanyak 50 peratus daripada 41,676 guru berkenaan telah menduduki ujian tersebut.

Terdahulu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin dalam satu pekeliling pada 14 April lalu mengeluarkan arahan supaya guru mengajar bahasa Inggeris menduduki peperiksaan MUET.

Pelaksanaan itu dibuat bagi melihat semula tahap penguasaan bahasa Inggeris.

Sumber: Sinar Harian Online
Patut diperincikan lagi guru-guru yang perlu duduki ujian MUET ini.

Adakah ada pengecualian sebagaimana Pro-ELT dahulu?

Sebagai contoh pengecualian untuk:

1. Guru opsyen yang kini menjadi PK, GB, Pengetua, Pegawai di PPD, JPN, KPM (Pentadbiran)
2. Guru opsyen yang memiliki baki 4 tahun perkhidmatannya sebelum bersara
3. Guru Opsyen yang mengidap penyakit kronik.

Juga kami mahu tahu, apa pula akan jadi jika keputusan MUET guru opsyen ini tidak capai tahap yang ditetapkan. Adakah mereka hilang kelayakan mengajar Bahasa Inggeris atau diberi latihan lagi.

Ni semua kena detail..pegawai mana buat surat general sangat ni, pastu yang kena bantai Dato KPPM..naya ja.



Subscribe to receive free email updates: