Tips Rutin Harian Cikgu Pada Bulan Puasa Di Dalam Bilik Darjah infomalay12.blogspot.com

Ramadan al-Mubarak (bulan yang mulia) kini menjengah lagi. Marilah kita melafazkan rasa syukur yang tidak terhingga ke Hadrat Ilahi justeru dengan Inayah dan Kurnia-Nya, kita masih diberi kesempatan panjang umur dan murah rezeki untuk menjalani ibadah yang sangat penting ini.

Bayangkan betapa banyak insan yang telah dijemput kembali dan betapa banyak pula insan yang hidup dengan penuh cabaran, dugaan dan ujian yang berat.

JOM SHOPPING KHEMAH!!!
POTONGAN HARGA 
SEMPENA RAMADAN & SYAWAL 

Anda perlukan khemah? Jangan lupa layari JENOBA OUTDOOR untuk pelbagai koleksi peralatan perkhemahan dengan harga yang sangat berpatutan.

0199061018 dan 0192550891. 

Secara mudah, puasa ialah menahan diri daripada lapar dan dahaga, serta tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa sepanjang tempoh yang ditetapkan (dari masuk Subuh hingga masuk Maghrib), iaitu lebih kurang antara 5.30 pagi hingga 7.30 petang di Semenanjung.

Ibadah puasa merupakan madrasah, sekolah dan tarbiyyah tentang keikhlasan, kesabaran dan segala sifat terpuji (mahmudah) yang lain. Pada masa yang sama, umat perlu menjauhkan diri daripada segala sifat keji dan tercela (mazmummah).

Tulisan ini akan memberi tumpuan terhadap proses pembelajaran rasmi di sekolah semasa menjalani ibadah puasa.

  • Adakah berlaku ubah suai atau sama sahaja seperti biasa?
  • Bagaimanakah kepekaan dan perasaan hormat kepada bulan yang mulia ini dapat dipamerkan oleh seluruh warga sekolah?

Bersahur

Jika murid, guru dan kakitangan Islam mengamalkan anjuran bersahur sejurus (lebih kurang setengah jam sebelum waktu imsak), maka stamina mereka sebenarnya langsung tidak terjejas sepanjang sesi persekolahan. Namun, atas faktor kemanusiaan, ada juga pengecualian, misalnya terlepas waktu sahur atau tergesa-gesa bersahur akibat waktu sudah terlalu suntuk, atau tidak merancang pengambilan makanan pada waktu sahur. Demikian juga terhadap mereka yang diberi kelonggaran justeru masalah kesihatan.

Pengambilan kurma dan oat mungkin membantu orang yang berpuasa untuk bertahan dengan tenaga yang konsisten lebih lama. Orang yang tidak bersahur mungkin terjejas dari segi tumpuan kerana perut yang berkeroncong. Walaupun begitu, jika minda mereka kuat, isyarat yang dihantar kepada sistem tubuh badan dapat mengawal kesan yang menjejaskan ibadah puasa dansegala aktiviti biasa seharian, termasuk pembelajaran.

Peka Dengan Tingkah Laku Murid

Pendek kata, guru harus peka terhadap tingkah laku tertentu murid sepanjang bulan puasa ini, lalu sentiasa memberi galakan terhadap murid yang menunjukkan semangat yang lebih kuat sewaktu berpuasa. Ibadah puasa bukan sahaja memberi kelegaan kepada sistem penghadaman dan pencernaan tubuh badan, bahkan melatih akal supaya lebih aktif dan inovatif. Namun, dalam peringkat usia awal remaja, sudah pasti murid memerlukan bimbingan dan nasihat supaya proses pembelajaran dalam bulan puasa mereka lebih hebat.

Penangguhan aktiviti fizikal

Aktiviti mengeluarkan peluh seperti Pendidikan Jasmani di padang wajar ditangguhkan, kecuali kepada murid bukan Islam, jika perlu. Sebaliknya, sukatan pelajaran Pendidikan Kesihatan serta pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) boleh dikemas kini.

Reka bentuk pedagogi yang menjurus terhadap penglibatan murid dapat mengelakkan rasa bosan kerana sekadar membaca teori kesihatan dalam buku teks atau sekadar mendengar 'celoteh' guru.

Pendekatan PdP yang sesuai

Selepas pukul 11 pagi, murid yang berpuasa mungkin menunjukkan tanda letih dan lesu. Maka, guru perlu peka dengan kedaan tersebut dengan melaksanakan aktiviti pembelajaran yang bersesuaian. Barangkali lebih banyak modul tentang sesuatu tajuk perlu disediakan supaya murid terus memperoleh pengalaman pembelajaran yang unggul.

Semua pihak di sekolah mesti bijak mengawal emosi supaya tidak meletus sebarang bentuk pertelingkahan dan rasa marah yang mengakibatkan mutu ibadah puasa terjejas dengan teruknya. Meskipun demikian, teguran yang berhikmah hendaklah diteruskan supaya perubahan yang baik terus berlaku. Puasa bukan alasan untuk bermalas-malas atau belajar secara sambil lewa.

Sebaik-baiknya proses pentaksiran formatif diselesaikan dalam bilik darjah dan tidak perlu dibawa pulang ke rumah sepenuhnya. Murid juga perlu memiliki kesempatan untuk menjalani ibadah puasa dengan pengisian amalan sunat yang lain.
Semoga ibadah puasa benar-benar menjadi madrasah, sekolah dan tarbiyyah yang terbaik untuk umat seluruhnya, Insya-Allah...

Penulisan oleh: Cikgu Azhar


JOM SHOPPING KHEMAH!!!
POTONGAN HARGA 
SEMPENA RAMADAN & SYAWAL 

Anda perlukan khemah? Jangan lupa layari JENOBA OUTDOOR untuk pelbagai koleksi peralatan perkhemahan dengan harga yang sangat berpatutan.

0199061018 dan 0192550891. 
Emel: jenobatrading@gmail.com

Subscribe to receive free email updates: