[TEMERLOH] TANGKIS FITNAH DI MEDIA SOSIAL infomalay12.blogspot.com







4.5.2019 - Jabatan Komunikasi Strategik UMNO dengan kerjasama Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang dan UMNO Bahagian Temerloh mengadakan Bengkel Komunkasi Strategik bertempat di Dewan Dato' Abdullah Kia Bangunan UMNO Bahagian Temerloh hari ini.

Bengkel sehari bermula jam 9.00 pagi tadi akan berakhir petang nanti dihadir lebih 100 orang peserta dari setiap bahagian UMNO di seluruh negeri Pahang.

Dalam ucapan aluannya YB Dato' Fakharuddin Ariff, Exco Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang mengingatkan peserta agar terus menguasai media sosial bagi menangkis fitnah pihak lawan.


"Kerajaan Negeri juga mewujudkan Unit Komunikasi Dan Multimedia Negeri bagi mempertingkatkan keupayaan pencapaian maklumat dari kerajaan kepada rakyat"

"Ahli umno dan penyokong UMNO bukan sahaja perlu menguasi media bahkan juga perlu memahirkan diri dengan penggunaan henfon dan gajet yang ada supaya sentiasa 'update' dengan teknologi semasa" - katanya.

Tambahnya lagi, "Smartphones bukan lagi hanya alat komunikasi antara satu sama lain, bahkan ianya lebih dari itu. Ianya sudah jadi alat untuk kempan dan promosi yang berkesan bagi kelompok yang lebih luas lagi"

Justeru, beliau berharap agar peserta akan dapat memahirkan diri degan gajet-gajet dan aplikasi-aplikasi yang ada. Bukan setakat foto dan infografik shaja, bahkan smartpohones mampu menghasilkan suntingan video dengan baik.

Bengkel dirasmikan oleh YB Dato Sri' Mohd Sharkar Shamsuddin, Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Temerloh.

Subscribe to receive free email updates: