Semua sekolah di Sarawak mulai guna bahasa Inggeris tahun depan infomalay12.blogspot.com

KUCHING: Mulai Januari tahun depan, sekolah di Sarawak akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar pengajaran-pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik.

Menteri Pendidikan Sains dan Penyelidikan Teknologi Datuk Sri Michael Manyin Jawong berkata di sini semalam, usaha itu akan dimulakan dengan darjah satu, sebelum beralih ke sekolah menengah.

“Kita tidak boleh gagal kerana kita menjadi yang pertama dan menjadi suri teladan, dan kemudian bakal diikuti negeri lain,” katanya.

Beliau mengakui ia merupakan satu cabaran besar, maka perlu dijayakan dengan sebaik mungkin.

Katanya, beberapa aspek perlu diteliti bagi memastikan perubahan berkenaan yang bertujuan demi masa depan generasi muda dan baharu.
Ini katanya termasuk jumlah dan kelayakan guru yang mampu menyampaikan pengajaran dalam bahasa berkenaan.

Pada akhir April, Kerajaan Sarawak dilaporkan bersetuju melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di negeri ini.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dipetik berkata, persetujuan itu dinyatakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, pada pertemuan mereka di Wisma Bapa Malaysia, di sini.
Jelasnya, Sarawak menjadi negeri pertama melaksanakan pengajaran dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris seperti dikehendaki Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kerajaan Sarawak juga bersetuju membantu kita (Kementerian Pendidikan) untuk melatih guru yang akan mengajar mata pelajaran itu,” katanya, sambil menambah, kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan universiti tempatan dalam menjayakan latihan kepada guru terbabit

Sumber: Sarawak Voice

Subscribe to receive free email updates: