Satu Lagi Hadiah Kerajaan PH Kepada Kakitangan Awam infomalay12.blogspot.com


Ikut kata hati mati, ikut kata rasa binasa. Inilah natijahnya nasib kakitangan awam yang beria-ria mengundi Pakatan Harapan (PH) kononnya untuk mengubah nasib mereka. Padan muka kakitangan awam. Mereka ini dulu ramai mengundi PH semasa PRU14. Kalau mereka sokong BN, pasti BN menang bergaya.

Kesannya, mereka bakal naik gaji 1 mata tangga dan ada peluang dapat bonus menjelang hari raya ini. Konon kerana tidak mahu membayar PTPTN dan boleh mendapat bonus 3 bulan seperti Selangor, sekarang habuk pun tidak ada. Sekarang kakitangan awam disuruh mengikat perut. Kakitangan awam sekarang dihina pemalas dan kaki rasuah. Malah ramai kakitangan awam yang sudah hilang kerja dan bakal hilang kerja. Ini gara-gara kerajaan PH hendak mengecilkan saiz Penjawat Awam. 

Terkini, satu lagi keistimewaan zaman DS Najib dihapuskan iaitu peluang beli rumah pada harga patut atau subsidi. Umum mengetahui pada 2013, DS Najib Tun Razak, Perdana Menteri pada masa itu, melancarkan inisiatif Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) khusus untuk penjawat awam memiliki rumah dengan harga 20% hingga 30% di bawah harga pasaran. 

Kini, menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, tiada lagi pengkhususan pembinaan rumah mampu milik untuk kakitangan awam menerusi Dasar Perumahan Mampu Milik (DRMM) Negara dan Standard Perumahan Kebangsaan. Mungkin Kerajaan PH mahu kakitangan awam merempat di merata-rata.

Subscribe to receive free email updates: