PH SETAHUN: RAKYAT TERHIMPIT... EKONOMI NEGARA SEMAKIN MERUNDUM infomalay12.blogspot.com






“Kita lihat sekarang ini suasana ekonomi yang semakin lembap dan perlahan, nilai matawang semakin menurun, kos sara hidup dan harga barang-barang makanan sama ada barang-barang tempatan atau yang diimport semuanya naik harga… paling ketara golongan B40,” kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mustafa Shah Abdul Hamid.

Jelasnya, peningkatan pendapatan yang tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup yang mendadak hari ini menghimpit rakyat terutamanya kumpulan yang berpendapatan rendah seperti golongan B40.




“Jika keadaan ekonomi negara ini tidak dapat dikawal dengan baik, kemungkinan satu malapetaka yang kritikal akan melanda dan menyebabkan negara ini menjadi muflis kerana kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang tidak melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya.

“Sudah setahun pentadbiran PH memerintah namun tiada perubahan malah keadaan ekonomi negara semakin tidak stabil.

“Rakyat sekarang ini terbeban, masyarakat sudah tidak ada wang lebihan untuk dibelanjakan yang menyebabkan keadaan ekonomi yang semakin sukar dan tidak serancak macam dulu,” katanya kepada UMNO-Online.

Sebagai contoh, tambahnya jika dilihat pada bulan Ramadan ini ramai peniaga-peniaga mengeluh kesan ekonomi yang semakin tidak stabil, pengunjung ke bazaar Ramadan semakin berkurangan yang menyebabkan hasil juga berkurangan.

“Peniaga-peniaga kecil selalu mengeluh dengan kos harga barang yang terlalu tinggi, malah pengunjung-pengunjung yang hendak membeli pula terpaksa berjimat-cermat.”

Katanya lagi, semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dahulu, kerajaan BN memperkukuh dan melaksanakan pelbagai dasar bagi membantu ekonomi rakyat.

“Tidak mustahil suasana harmoni dahulu bakal tergugat jika kerajaan PH tidak dapat mengawal kegusaran rakyat ekoran keadaan ekonomi yang menghimpit.”

Justeru tegasnya, setahun pentadbiran PH telah menampakkan keadaan yang lebih buruk berbanding ketika pentadbiran BN.


Subscribe to receive free email updates: