PEMILU Indonesia Orang yang sama, kenyataan berbeza? Mat Sabu menerima kunjungan hormat pemimpin utama pergerakan Hamas, Palestin..Meski tiada kuasa UMNO BERPECAH DUA? [Video M'sia akan terus kecam Israel terhadap Palestin - Dr M] infomalay12.blogspot.com

Khamis, 23 Mei 2019
KiniTV
1 ) M'sia akan terus kecam Israel terhadap Palestin - Dr M 2 ) Tidak ada duit raya buat peneroka Felda setakat ini 3 ) Putra bukan penyebab perpecahan undi Melayu 4 ) Zahid gagal dapat pasport untuk pergi umrah
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Orang yang sama, kenyataan berbeza..
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, dalaman
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri dan sut
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk
Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu menerima kunjungan hormat pemimpin utama pergerakan Hamas, Palestin Sheikh Khaled Meshal di pejabat beliau hari ini.
Pada pertemuan ini, Sheikh Khalid telah menyampaikan mesej penghargaan daripada segenap lapisan masyarakat Palestin atas pendirian Malaysia yang sentiasa jelas dan tegas terhadap isu Palestin termasuklah tidak pernah mengiktiraf kewujudan Israel serta berpendirian bahawa Palestin mesti dikembalikan kepada rakyatnya.
Pada masa yang sama, Menteri Pertahanan antara lain menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan rakyat Palestin yang sedang mempertahankan hak mereka.
Ketidaktentuan mengenai kedudukan Zahid Hamidi sama mahu kembali sebagai Presiden UMNO atau sebaliknya mungkin akan berlarutan dalam tempoh yang lebih lama lagi.
Meskipun sudah beberapa bulan mengambil cuti tanpa tempoh untuk jawatan Presiden UMNO dipangku oleh timbalannya, Mohamad Hasan, hasratnya untuk kembali tidaklah semudah yang disangka.
Sementara penyokong beliau, malah mungkin Zahid Hamidi sendiri tidak terkecuali turut teringin untuk kembali semula memimpin UMNO, mereka yang mahu menolak agar beliau menyambung lagi bercuti atau terus berhenti juga semakin ramai.
Keadaan ini menjadikan UMNO kini bagaikan terpecah dua – satu mahu Zahid Hamidi kembali semula dan satu lagi ingin beliau melepaskan terus kepimpinannya dalam UMNO.
Dalam kedudukan tiada lagi kuasa, perebutan kuasa dalam UMNO nampaknya masih lagi ada.
Suara siapakah yang mahu Zahid Hamidi tidak lagi menerajui UMNO itu?
Apakah ia suara mereka yang ada jawatan tertentu dalam UMNO sekarang atau ini merupakan suara mereka yang berhasrat bertanding Presiden UMNO pada tahun 2021 nanti? (Shahbudindotcom 20/05/2019)

Subscribe to receive free email updates: