Pegawai Yapeim masih bos selepas ugut kakitangan jangan undi PH & Yapeim rugi RM12 juta dalam skim gadaian emas sedangkan PENDAPATAN KETUA YAPEIM, RM85,000 sebulan, Pengarah Kanan RM40,000 sebulan [Video Saya tak terlibat Yapeim, Kenapa risau dengan SB, Gandingan Mantap] infomalay12.blogspot.com

Khamis, 16 Mei 2019
KiniTV
1) Yapeim rugi RM12juta dalam skim gadaian emas 2) Asyraf Wajdi nafi terlibat skandal Yapeim 3) TH catat keuntungan bersih RM440 juta suku pertama 2019 4) Tiada isu besar, kes ditutup - SB dihalang Parti Warisan 5) Datuk Mazlan Mansor, Timbalan Ketua Polis Negara yang baru

Pegawai Yapeim masih bos selepas ugut kakitangan jangan undi PH

Abibullah Samsudin dilihat bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Seorang pegawai tinggi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) yang secara terbuka menggesa kakitangannya tidak mengundi Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum tahun lalu masih mengetuai agensi kerajaan itu.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim, Mohd Daud Bakar mengesahkan kepada FMT, lelaki dalam satu rakaman video viral yang memberi amaran kepada kakitangan Yapeim untuk tidak mengundi PH ialah Ketua Pengarahnya, Abibullah Samsudin.
Katanya, ia adalah “video lama”.
Abibullah gagal dihubungi FMT untuk mengulas tindakannya.
Tetapi, ada komen di Facebooknya yang menggesa beliau meletak jawatan, sehari selepas rakaman menunjukkannya bercakap kepada kakitangan Yapeim dimuat naik ke media sosial oleh seorang pendakwah popular yang merupakan ahli PPBM, Abu Hafiz Salleh Hudin.
“Anda tidak sesuai mengetuai Yapeim. Tolong letak jawatan,” menurut satu catatan manakala satu lagi catatan berbunyi: “Muka tebal ke tu?”
Dalam klip video itu, Abibullah memberi amaran kepada kakitangannya supaya tidak menyokong PH, gabungan 4 parti yang memenangi pilihan raya umum ke-14 tahun lalu.
Apabila ada di kalangan hadirin yang memberitahunya undi mereka adalah rahsia, Abibullah berkata: “Saya akan cek dengan SPR (Suruhjaya Pilihan Raya) semua staff 1,401. Saya akan cek satu persatu di mana anda undi dan anda undi apa.
“Kalau ada mengundi Pakatan Harapan, anda tak layak duduk di Yapeim,” katanya dalam klip video itu sambil menambah beliau akan disingkirkan kerajaan baru.
Pendedahan video itu berlaku ketika yayasan itu berdepan dakwaan salah pengurusan kewangan, termasuk dana RM1 juta bagi anak yatim yang didakwa digunakan Yapeim untuk membayar yuran guamannya.
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang berdiri dan sut
PENDAPATAN KETUA YAPEIM, RM85,000 SEBULAN, PENGARAH KANAN RM40,000 SEBULAN
Sepatutnya, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam YAPEIM memajukan ekonomi umat Islam melalui dana jariah kutipan potongan gaji orang ramai, seterusnya membantu anak-yatim dan fakir miskin.
Yang berlaku, pendapatan Ketua Pengarah dan Pengarah2 kanan yang lumayan. Gajinya dianggarkan hampir separuh elaun2 tetap dan elaun bulanan pengarah anak syarikatnya.
Menurut rekod sebaik dilantik sebagai Ketua Pengarah YaPEIM, dengan kuasa yang ada Dato' Abibullah Haji Samsudin telah bertindak melantik dirinya sendiri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif di semua agensi dan institut di bawah kawalan YaPEIM.
Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif YaPEIM, Abibullah dibayar sebanyak RM43,000 sebulan manakala untuk jawatan-jawatan lain seperti Pengarah Eksekutif dia dibayar RM sebanyak RM3,500 sebulan.
Dalam erti kata mudah dia menerima elaun sebanyak RM42,000 sebulan (3,500 x 12 agensi di bawah YaPEIM) di tambah dengan gaji asas seperti yang dinyatakan tadi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM 85,000 sebulan.
Bayangkan dengan kuasa sebagai Ketua Pengarah YaPEIM, Abibullah berjaya memperolehi pendapatan sekitar RM1,02 juta setahun (RM85 ribu x 12 bulan).
Namun itu hanya melibatkan pengiraan kasar kerana ia belum lagi dicampur dengan elaun-elaun tambahan yang lain seperti tuntutan perjalanan ke luar negara, bonus tahunan, elaun khas dan sebagainya.
Jika tidak betul data ini, YAPEIM perlu jelaskan balik jumlah pendapatan termasuk bonus sebenar Ketua Pengarah dan Pengarah Kanan.

Subscribe to receive free email updates: