Amat memalukan bagi seorang Menteri menulis posting di media sosial dengan bahasa yang amat rendah. Orang Melayu amat tinggi dengan lenggok bahasa dan pertuturannya.
Ke mana hilangnya pegawai-pegawai khas Kementerian atau adakah mereka juga turut baghal seperti pemimpin mereka? Alangkah elok kiranya tulisan beliau berbunyi sebegini,
Menjunjung kasih Ke bawah Tuanku Sultan Selangor kerana sudi mencemar duli santap berbuka puasa bersama warga Tentera Laut Di Raja Malaysia.